Emirates Flying High!
Hari ni satu lagi announcement dari syarikat penerbangan milik kerajaan Dubai, Emirates
. Emirates menaja satu lagi leading European soccer club. Paris Saint Germain (PSG) -
kelab bolasepak division satu Peranchis. Ini merupakan kelab ke-3 selepas Arsenal dan Hamburg (Jerman).
Penganalisa menyatakan penajaan ini bertujuan untuk mempromosi Emirates ke local market (Peranchis), sebagaimana yang dilakukan keatas penajaan Hamburg. Denganin diharapkan rakyat tempatan Peranchis dan Jerman akan lebih mesra dengan Emirates. Ini berlainan dengan penajaan taraf dunia keatas Arsenal (which analysts mentioned as tier-1 european club, as opposed to Hamburg dan PSG yang dikategori sebagai tier-2) dan FIFA - world cup.
Kejayaan Emirates membentuk global brand harus diberi pujian. Dengan sekelip mata, Emirates menjadi brand yang dikenali (bab banyak duit untuk di"belanja" tu hal lain). Antara branding dan PR exercise yang berjaya menempatkan Emirates di mata dunia ialah:
- penaja utama FIFA World Cup
- menaja stadium Arsenal (known as the Emirates Stadium)
- menaja team New Zealand Emirates (yatch)
Ini tidak termasuk inisiatif lain seperti memodenkan fleet penerbangan mereka (latest Boeings and Airbus dilengkapi dengan 500 channel!) dan yang terbaru all flights can watch delayed matches of all 64 Fifa World Cup!
Semua ini selari dengan "corporate branding" of Dubai Inc. yang dipelopori oleh CEOnya Sheikh Mohamed Al Maktoum, Ruler of Dubai & UAE's PM.
MAS pula bagaimana?
Comments