Setelah sebulan lebih kita dihidangkan "perang bola" di padang, kita dihidangkan pula dengan beberapa peperangan yang lebih besar dan parah. Ia, ianya lebih hebat dari perang Piala Dunia FIFA. Ianya bukan sahaja menentukan kalah menang. Samada dalam masa permainan 90 minit mahupun dengan sepakan penalti!
Ada pula yang mengibaratkan perang-perang ini umpama lakunan dipentas dunia. Ditonton warga dunia. Ada yang menjadi penonton pasif, ada juga yang mahu bersikap umpama "penentu Juara Akademi Fantasia". Sokongan mereka umpama "sms" buat mereka-mereka yang bertarung.
Perang-perang ini mungkin menentukan survival individu dan kumpulan, sekaligus melibatkan kita secara lansung atau pun tidak.
Dua peperangan yang hebat ini ialah peperangan antara Pak Lah dan Dr. M. dan perang HizbuLlah dan Israel.
Perang Pak Lah & Dr. M: Pelbagai pandangan, analisa, cakap-cakap yang dihidangkan dari kedua pihak. Tak ketinggalan dari pihak ketiga. Pasti ada yang terkorban. Bersama juak-juak mereka. Tapi pada pandangan ringkas aku, ianya punya implikasi yang lebih besar. Bukan sekadar pada yang kalah. Bak kata pepatah: gajah bertarung, kancil mati ditengah. Yang bertarung dua pembesar. Yang tersepit dan pasti rugi sudah tentu rakyat. Kedua membogel salah laku masing-masing. Yang dibogelkan bukan sebarang barang. Barang yang punya nilai berjuta malah berbilion. Mungkin juga melibatkan keselamatan dan maruah negara. Bacaan alternatif boleh ke sini Cuit sikit dan Ktemoc
Hizbullah vs. Israel: Ramai yang menuding jari Hizbullah buat kerja bodoh menculik tentera Israel. Tak kurang juga yang menyebut Hizbullah berjaya dimain oleh Iran dan Syria untuk bertinju dengan Israel. Komen-komen nakal yang disiar dalam akhbar tempatan negara Teluk menggambarkan seolah ada pihak yang sengaja memburuk-buruk Hizbullah (dan Hamas sebelum ini). Seolah takut opini ramai menyebelah pada Hizbullah. Saat negara Arab dan ummat dicucuk hidung oleh Amerika dan sekutunya, muncul "kuasa" yang boleh dijadikan hero Arab dan ummat. Maka dimomokkan Hizbullah penyebab perang ini. Tanpa disebut beribu-ribu tahanan Lebanon dan Palestin sejak bertahun lamanya di Israel. Ditambah pula dengan kata-kata Iran dan Syria memberi bantuan terus pada Hizbullah. Tiba-tiba dunia dan sekutu Barat seolah lupa, Hizbullah bukan kerajaan. Ianya hanya kumpulan kecil. Keahlian tak sampai 30,000 ahli. Hizbullah pula menentang sebuah kerajaan. Yang punya kelengkapan sofistikated. Yang dibiayai terus kuasa dunia. Yang disokong secara terus oleh Amerika dan Britain. Apalah sangat Hizbullah (dan kalaupun dibantu oleh Iran dan Syria - dua negara yang bukannya powerhouse dari segi kekuatan ketenteraan, apatah lagi dalam keadaan miskin lagi tertekan). Apa pun, rakyat terbanyak dari Arab Street seolah mula menunjukkan sokongan terbuka kepada Hizbullah (dan Hamas). Suara-suara kritis terhadap pimpinan ummat mula kedengaran melalui corong radio dan ruang surat pada editor. Bacaan alternatif boleh dibaca di sini (palestine-info)
Kedua-dua peperangan di atas mengundang kita sebagai individu dan kelompok untuk menunjukkan sikap dan tindakan (walaupun mungkin berjauhan dan tidak berada di tempat kejadian). Bukan sekadar berpeluk tubuh. Duduk menjadi penonton. Tidak cukup sekadar bersorak (ini bukan lagi menonton adengan jaringan goaaaaallll!). Pelbagai berita dan imej dipaparkan harian.
Terpulang pada kita untuk mengambil inisiatif. Samada masih menjadi penonton. Atau yang memenangkan pelakun dalam "lakunan". Atau terjun terus ke dalam lakunan, menjadi pelakon yang bakal mengubah skrip lakunan yang dipertontonkan.
Tepuk dada tanyalah iman!
Recent Comments