D Penghujung'06 & 'Eiduladha 1427H
'Eiduladha 1427H kali ni rasa macam tak de yang spesial. Dalam keadaan ummat dlanyak dan dbuat bahan uji senjata moden hampir setiap hari, rasa macam kita pula Qurban dunia! Tak perlu tunggu 'Eiduladha. Setiap masa, ummat dbedal!
Apa lagi cuaca dan angin sejuk yang bertiup, membuatkan 'Eiduladha tahun ni agak muram. Teringat masa winter d Tulsa. Muram. Mendung. Mengantuk!
Solat 'Eiduladha kali ni d masjid (dah lama jugak tak solat 'Eid d masjid). Tahun ni mussola 'Eid dtutup. Jadi lokasi stesen LRT Dubai (bakal siap 2008/2009).
Sarapan pagi d Fudzail's. Ramai juga yang berkumpul. Malam sebelumnya kami berkumpul d Warqa' (my place). Iftar pot luck posa Arafah. Selepas bertandang d Fudzail's kami berconvoy
ke rumah penghulu warga melayu Singapura, Bang Fuad. Program tetap
'Eid. Sejak bertahun. Bukan setakat warga Singapura. Ada juga dari
Malaysia, Thailand, Indonesia dan kenkadang dari Brunei.
Cuaca sejuk ada kesannya. Program Qurban d rumah Bang Fuad semalam ramai yang "chalo" awal (for the record, 32 ekor kambing sebagai Qurban/udhiyyah semalam - satu rekod baru!)
Macam biasa, Bang Fuad pasti ada sesuatu yang nak dkongsi sama. Dtariknya aku ketepi. "U tau, US dah bunuh Saddam pagi tadi?", dengan muka yang merah padam. Dia betul-betul marah. Katanya memang Saddam banyak dosa, tapi sensitiviti ummat betul-betul diuji oleh Amerika. Hari Raya Haji? Qurbankan seorang Muslim?
Sembang kami sempat juga "singgah" ke topik dinasti anak beranak Putrajaya. Walaupun Bang Fuad kelahiran Singapura, dia tetap menyinga melihat perilaku PLah anak beranak. Lebih melayu dari melayu AMENO. Menyinga Bang Fuad melihat semakin lama semakin banyak aliran hak empunya Malaya menyeberang Selat Tebrau!
Entah apa lagi nak "dhadiah"kan pada Singapura, katanya!
Perbualan kami terhenti. 32 ekor kambing Qurban tiba!
Datangnya kambing Qurban menggembirakan anak-anak dperantauan yang belum pernah melihat ibadah Qurban djalankan. Apa mungkin, 2007 bakal menggembirakan ummat?








Recent Comments