« Cemerlang! | Main | Aqiqah & Kueh Teow Hujung Minggu! »

May 07, 2007

Aduh, satu lagi yang Terbesar!

X3bo5f_2 UAE memang suka buat benda segala yang mega. Tak cukup dengan tertinggi (Burj Dubai - 2008), buat yang terbesar (Mall of Arabia - 2009/2010). Tak cukup yang terbesar buat yang teramai (himpunan kereta Mercedes baru-baru ini d akui Guiness Book of World Records sebagai himpunan kereta Mercedes terbanyak!). Tak cukup tanah, buat pulau jadian (Palm Island). Bukan satu, tapi tiga!

Semalam satu lagi projek mercu tanda bakal djelmakan d tanah yang suatu masa dulu kering kontang. Dubai bakal punya tapak retail terbesar d dunia - dengan kawasan beli belah bersaiz 40 juta kaki persegi!

Keluasan ini bererti Mall of Emirates (MoE - pusat beli belah terbesar d UAE dengan indoor ski slope!) kelihatan seperti kedai runcit Pak Mat! Kawasan membeli belah d Dubailand(kawasan Al Bawadi) ini 17 kali lebih besar dari MoE!

Entahlah, semakin banyak projek mega sebagai tarikan pelancungan d Dubai, semakin banyak pula Dubai bergantung pada kedatangan pelancung dan pekerja asing (untuk membiayai pelbagai projek mega ini). Moga anak watan tak terpinggir dek kepesatan yang semakin hari semakin melangkah laju!

Artikel penuh d Gulf News d sini

Comments

Post a comment

Comments are moderated, and will not appear on this weblog until the author has approved them.

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In