« Hari ke-16: Zainal Masih d Dalam! | Main | DIHQA 1428H: Malaysian Cemerlang! »

September 25, 2007

"Feel good" Factor!

Tahun ni Ramadhan lain skali "feeling"nya. Yelah dengan pelbagai peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat Malaysia d UAE - penahanan 2 orang rakyat Malaysia d lokap polis Dubai - sudah cukup merubah landscape Ramadhan tahun ni (seorang tahanan yang sempat kami kenali dah pun pulang ke Malaysia, setelah d dapati tiada kes - tuduhan awal, hanya tuduhan. Manakala sahabat kami, Zainal masih d tahan - masuk hari ke-17!).

Dua hari lepas mendapat berita pelajar Malaysia yang berada d masjid airport Dubai. Mereka dalam perjalanan ke South Africa, dari Yemen - untuk melanjutkan pelajaran. Tak sempat pula menjenguk mereka bila mendapat berita, sekadar menalifon mereka. Imam masjid airport yang aku kenal sudah cukup melegakan. Pasti Imam Khalid akan "menjaga" mereka dengan layanan 1st class!

Imam Khalid aku kenal summer baru ni. Ada sahabat dari Mindanao tiba d Dubai. Mendarat awal pagi d Dubai. Terus melabuh d masjid airport. Sepanjang d sana, Imam Khalid melayan sahabat ini dengan penuh hormat, sesuai sebagai "tuan rumah" masjid airport, setidak pun sebagai tuan rumah d Dubai.

Memang student Malaysia yang singgah d masjid airport mendapat layanan istimewa Imam Khalid. Maulana, salah seorang student sempat memberitahu Imam Khalid ada menyediakan bilik untuk mereka.

Petang semalam, kami bertemu. D masjid airport. Tak sempat ketemu Imam muda, Khalid yang berasal dari Mesir.

Dubai Sepi!

Perjalanan ke airport semalam sepi, d kedua arah (menuju dan pulang ke rumah). Ajeeb (ajaib)!

Feel good driving, especially time orang pulang dari ofis mengejar waktu iftar.

Rupa-rupanya semalam perlawanan akhir kriket 2020 antara India dan Pakistan! Patutlah jalanraya lengang (penduduk UAE yang majoritinya orang luar, punya penduduk teramai dari benua Indo-Pak).

It is a well known fact, kalau ada perlawanan kriket India-Pakistan, pasti jalanraya d UAE lengang. Pasaraya juga sepi - kecuali d area elektronik, akan kelihatan manusia berpusu tonton tv plasma dan LCD pasaraya - aksi kriket (khabarnya d Malaysia, jalanraya dan pasaraya lengang bila final Akademi Fantasia!).

Kami iftar d rumah bersama adik-adik pelajar dari Kelantan. Maulana seorang Hafidz, manakala Harun mengikuti kursus bahasa (Arab). Sembang, bertukar pengalaman dan pandangan. Kedua-duanya dah lama merantau. Maulana sempat menimba ilmu d Makkah sebelum ke Yaman.

Sama-sama nak ke South Africa atas jemputan mudir salah sebuah sekolah Arab d sana.

Kami berteraweeh d rumah, d imamkan Maulana.

DIHQA

Selesai teraweeh kami sempat menonton siaran lansung DIHQA. Feel good factor!

Anak-anak muda huffaz memperdengarkan alunan qiraat kalaam ALlaah.

Yang menjadikan kami tergamam ialah bila tiba giliran pemuda berusia 20 tahun dari Taiwan. Berkot dan tali leher. Bersahaja. "Kali pertama Taiwan ke DIHQA", sebut ku. Beliau jadi perhatian orang ramai, termasuk saff hakim dari Saudi, Turki, Lebanon dan Mesir.

3 soalan (bacaan) beliau lancar. Tiada pelat China. Tiada gugup. Penuh konsentrasi. Penuh yakin. MasyaALlaah!

Malu rasanya. Anak muda dari Taiwan, seorang hafidz. Memperdengarkan qiraat Hafs tanpa sebarang error! Memang terror! Memang power!

Taiwan yang terkenal sebagai pengeluar memory board computer fikirku bakal pengeluar memori penghafaz Quran!

Teringat kata-kata Tok Guru MB Kelantan, "orang Cina kalu jadi Muslim, kepimpinan ada pada mereka!" - dengan kekuatan memori, sikap niaga dan berdikari yang tinggi mereka melayakkan mereka sebagai pemimpin yang baik.

Semalam, memang ada sedikit feel good factor buat Ramadhan tahun ini, moga banyak lagi feel good factor bakal mendatang. Buat seluruh ummat!

Koleksi liputan awal Ramadhan dperantauan d sini (Tulsa, Dubai, dll.)

Comments

Post a comment

Comments are moderated, and will not appear on this weblog until the author has approved them.

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In