1428H berlalu. Tiba pula 1429H (2008 bakal melihat 3 tahun Hijrah - 1430H mendatang Disember 2008 nanti).
Sempat menilik beberapa bahan rujukan Seerah. Sekadar buat ingatan. Antara favorite kupasan Munir Ghadban dan CD siri Anwar Awlaki (ya, Anwar dah d bebaskan oleh rejim Yemen sebelum 'Eiduladha baru-baru ini!). Buat diri dan anak-anak. Peristiwa hijrah yang d ulang tayang setiap tahun bukan sekadar halwa telinga. Ada ibrah dan tujuannya.
Apa lagi peristiwa sebelum, semasa dan selepas Hijrah. Segalanya menuntut pengorbanan.
Tiada pengorbanan, tiada hijrah. Tiada pengorbanan, tiada perubahan. Tiada perngorbanan, tiada sebar luasnya ni'mat Imaan dan Islaam!
We owe it to RasuluLlaah saw dan para sahabatnya. Hijrah penuh risiko buat tersebarnya cahaya imaan untuk kita ni'mati. Apakah kita sedar atau tidak semua ini?
Ya, nyawa melayang hanya kerna nak selamatkan kepercayaan. Ya, kesenangan hilang hanya kerna mengaku seorang yang pernah d kenali sebagai Al Amin sebagai Rasul!
Apa pula peranan dan tindakan kita? Dengar kisah Hijrah dan terus dengan kehidupan harian? Imaan dan Islaam yang kita kecapi bukan datang dengan mudah (walau kita memang d lahirkan sebagai seorang Muslim, Islaamnya generasi terdahulu kita atas titisan darah dan peluh usaha gigih Rasul dan sahabatnya).
Tanyalah imaan dan diri kita bersama!
Moga tahun Hijrah yang baru memberi sinar harapan pada Ummat!
1 Muharram 1429H bersama beberapa teman myUAE d pantai Sharjah - sempat mengimbau kembali peristiwa Hijrah d waktu tibanya deruan angin awal pagi (tulisan Pak Payne d sini)

Comments