« February 2008 | Main | April 2008 »

March 30, 2008

Program untuk Peace TV!

Usmantaher Jumaat baru ni sempat meluangkan masa bersama kenalan yang sudah lama tidak ketemu. Bertemu pula dalam situasi yang tak pernah terbayang, d studio rakaman milik Zee TV!

Ya, bertemu Bro Usman Barry (kiri dalam gambar bersama Bro Taher Khalid) penda'wah gigih yang pernah djemput untuk program bulanan myUAE. Walaupun program yang d buat d rumah abang Fuad berlansung beberapa tahun lalu, Usman yang berasal dari UK masih ingat pertemuan itu.

Bro Usman kini bergiat sepenuh masa dengan Dar Al Ber, badan 'amal kebajikan Dubai. Selain itu beliau masih mengendalikan program out reach bersama Sharjah TV dan rancangan bersama Peace TV dan Islamic Research Foundation (IRF).

Pertemuan Jumaat baru ini adalah untuk rakaman siri pembangunan anak-anak. Program 30 siri ini d rakamkan untuk siaran Peace TV, sebuah stesen TV satelit 24 jam yang d usahakan bagi tujuan da'wah.

Teman djemput mengisi siri ke-15, membincangkan perkembangan anak-anak antara usia 4 hingga 9 tahun, dari sudut pengalaman yang d lalui.

Continue reading "Program untuk Peace TV!" »

Kenapa jadi Begini?

Aku tergamam. Marah. Sedih. Kelu. Tak terkata. Bila membaca entri terbaru blogger Rocky. Satu lagi prodigi ummah d mamah. Punah.

Tak cukup dengan menjadi bahan ujian senjata negara Barat d Iraq, Afghanistan dan banyak lagi negara ummat, ummat terus menerus tergelincir dalam mengejar habuan yang tak berkesudahan (dek mainan sang pengarah yang sama memainkan wayang d persada dunia).

Kenapa jadi begini? Pelbagai simptom merebak ke dalam Ummat. Menunjukkan kepada masalah yang lebih besar!

Ya ALlaah, permudahkan urusan Ummat akhir zaman ini, Ya ALlaah! Lindungilah zuriat kami dari fitnah dunia.

Catatan Tambahan: Catatan saudara Mazlan: The Hadafi Syndrome d sini dan We Will Lose Adiputra sini

March 27, 2008

Hari Dubai bergegar!

0129633450085 Semalam Dubai mengalami gegaran yang tak pernah d rasai sebelum ini. Jika sebelum ini ada yang mengatakan Dubai d lalui lintasan gempa (fault line), gegaran semalam bukan d akibatkan gempa bumi.

Bahkan gegaran yang d akibatkan letupan itu juga bukan dari letupan bom. Walau ada yang panik, mungkin teringat d awal peristiwa d New York 2001 dulu.

Gegaran yang d rasai akibat letupan kilang mercun haram d kawasan perindustrian Al Qouz.

26_ae_fire_alquoz_pineda15_5 26_ae_fire_alquoz_schmetz01_5 Mushroom cloud yang timbul d ikuti asap tebal semalam "menggelapkan" skyline Dubai.

Asap hitam tebal kelihatan dari jauh, malah api masih menyala ketika waktu balik dari ofis, sekitar 4 petang (letupan khabarnya sekitar jam 7:15 am). 3 d lapurkan terbunuh, ramai lagi yang cedera. 83 kilang musnah.

Ini merupakan musibah kedua besar yang menimpa dalam tempoh sebulan (sebelum ini pile up accident melibatkan 60 buah kereta)

Lapuran akhbar d sinisini, sini dan sini

March 25, 2008

Terkini on Gannu Kite!

Hadi_awang_pas_160304 Semalam sempat bercakap dengan Dato' Seri Presiden PAS, YB TG Hadi (TGH). Beliau yang baru pulang dari Kuala Lumpur sempat berkongsi status terkini yang berlaku d Terengganu.

Ikuti perbualan talifon dperantauan dan TGH (due to the large size of the file, the audio file is taking a bit of time to be visible d bawah ni)

March 24, 2008

Bersama Komuniti (II)

Dsc_6280jpg Hujung minggu ni pula weekend panjang, dengan kedatangan 12 Rabiul Awwal. Kami d myUAE bersama menganjurkan Hari Keluarga myUAE dengan acara kemuncak Treasure Hunt. Hasrat mengumpulkan warga Malaysia d UAE yang kini semakin bertambah.

Pak Payne dan Affandy menyediakan aktiviti Treasure Hunt. Aktiviti anak-anak sama d kelola oleh Hasnoal dan Kak Sharifah.

Jjddxb22_2 Teman? Tugasan awal menjaga pendaftaran. Bertukar menjadi videoman.
Acara meriah, dengan kedatangan lebih 140 warga Malaysia dperantauan.

Baik yang baru tiba (ada seorang yang kebetulan baru tiba paginya) dan yang dah lama bermastautin d UAE. Melebarkan jaringan, menghidupkan network. Ini adalah Family day ke-3 myUAE, d samping beberapa aktiviti komuniti lain antaranya kuliyyah bulanan dan pertandingan bolasepak.

Jjddxb50 Acara yang kami brand sebagai JJD'08 d tangguh ke hujung minggu lalu. Asalnya sebelum Pemilu. Tapi mood kebanyakkan warga myUAE tertumpu pada Pemilu. Tangguh saja hingga selesai Pemilu!

Continue reading "Bersama Komuniti (II)" »

March 23, 2008

Bersama Komuniti (I)

Sejak balik dari trip Pemilu 2 minggu lalu, rasa lelah tak sempat nak recover. Tak sempat nak cover aktiviti 2 mingguan baru ni. Setiba minggu yang sama dari Malaysia, Emirates Explorers (EE) buat camping trip. Dari berkempen ke bercamping!

P1020105 Bersama beberapa keluarga, kami bercamping semalaman tepi pantai d Sharjah - emiriyah bersebelah Dubai. EE dtubuhkan oleh kaum ibu d masjid taman kami dengan objektif memberi peluang anak-anak Muslim dperantauan bergaul dengan pelbagai ras dan keturunan. Tak kira American, British, Canadian, Moroccan mahupun Malaysian. Berlainan rupa dan warna, tapi bersatu dalam qiblat dan arah!

Moga harapan kami ini menjadi kenyataan (Aktiviti EE bersama Ani dan Farhah pernah d rakam d Gulf News d sini). Apalagi Dubai kini menjadi melting pot, dengan pelbagai budaya dan fe'el dek kehadiran lebih 140 warga dunia!

Sibghah ALlaah harus d beri keutamaan.

Continue reading "Bersama Komuniti (I)" »

March 20, 2008

Muhammad, Rahmat buat Sekelian Alam!

12 Rabiulawwal muncul lagi. Memperingati hari lahir manusia yang d lahirkan bukan sekadar membawa berita gembira. Bukan sekadar buat manusia, d Arabia mahupun d mana jua. Dia d lahirkan sebagai rahmat buat sekelian alam!

Tunggul kayu pernah menangis atas "kehilangan" nya (Bukhari 55: 3585). Apakah kita yang mengaku pengikutnya tangisi hilangnya legasi pembawa rahmat sekelian alam ini dalam hidup kita?

12 Rabiulawwal bukan sekadar d peringati sekadar berkumpul. Berarak.

Continue reading "Muhammad, Rahmat buat Sekelian Alam!" »

Malaysia(n) Memang Boleh!

Beberapa hari ini media d UAE menyiarkan beberapa berita berkaitan Malaysia, terutama perjalanan Pemilu ke-12 yang lalu. Analisa dan berita dari agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AFP antara yang d petik (sebenarnya berita Pemilu sebelum ini banyak yang d beri ruang, termasuklah yang berkaitan BERSIH dan HINDRAF).

Antara yang figure yang popular pula mengisi berita Malaysia ialah mantan TPM merangkap Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tapi sehari lepas, tak semena-mena Malaysia d lapur dalam media. Bukan perihal Pemilu. Apalagi perihal kabinet flip flop Pak Lah.

Namun, menjadi tajuk berita muka depan Gulf News!

Ianya perihal bakat anak Malaysia d perantauan!

Baca d bawah!

Continue reading "Malaysia(n) Memang Boleh!" »

March 14, 2008

TERKINI: LIVE Bersama Pimpinan BR!

EKSKLUSIF Tn_dsc_4728 Malam tadi kami d Dubai sempat bersama Ketua Umum Parti Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI - 1st File kat atas) dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (UN).

Sessi teleconference LIVE  d rumah (berterusan dari sessi sebelum Pemilu bersama Tok Guru MB Kelantan dan Dato' Husam) sama d hadiri rakan-rakan yang sama mengikuti perkembangan terkini semenjak kemenangan besar Barisan Rakyat dalam Pemilu lalu.

Sessi penerangan isu semasa dan sessi soal jawab sikit sebanyak menjawab beberapa persoalan yang timbul terutama isu melanda d Perak dan Selangor. Menurut UN, isu pembentukan kerajaan campuran d Perak dan Selangor hampir selesai.

Walaupun dalam keadaan sibuk dan sudah tentu keletihan, pimpinan Barisan Rakyat sempat bersama kami dperantauan. Terima kasih d ucapkan dan moga d beri kekuatan untuk membawa amanah rakyat terbanyak Malaysia.

Seeru 'ala bara katiLlaah!

Nota: Beberapa momento Pemilu hampir habis. Masih ada beberapa tshirt dan pelekat kereta untuk d jual! Rakaman teleconference akan d upload sebentar lagi. Gambar dari koleksi Abdul Halim, lagi d sini

March 10, 2008

Syukur!

Beberapa hari tak sempat update dperantauan.com. Sampai ada teman yang bertanya, guane bro, tak update blog. Letih dan agak terbatas masa (online pun check news). Tiba dari KB awal pagi Jumaat bersama bro Mazlan dan bro Shahrin.

Bertali arus kereta dan bas menuju KB dari KL dapat kami saksikan. Seolah kami pass the baton pada mereka untuk finish the job! Bermula dari saranan Tok Guru, pertahankan kerajaan rakyat berteras pada Quran dan Sunnah!

Malamnya pula suatu pemandangan luar biasa menjadi kenyataan!

Ronda malam sebelum hari pengundian bersama KA. Bermula dari Ampang hingga ke Lembah Pantai.

D Lembah Pantai, kami turut serta konvoi kereta dan motor penyokong Barisan Rakyat.

Continue reading "Syukur! " »

Hijri Date

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Blog powered by TypePad