« Apa, Sekadar Melihat? | Main | Puaka Penahanan Manusia Merdeka! »

May 02, 2008

Anwar Ibrahim Antara 100 Berpengaruh d Dunia!

Dunia Islam memang tak kurang hebat. Dari pelbagai resources yang melimpah ruah hinggalah sejarah ummat yang kaya dengan sumbangan tamaddun dunia.

Hari ini satu lagi "kehebatan" dunia Islam d catat.

T100landing 11 dari 100 tokoh berpengaruh dunia yang d papar majalah Time adalah Muslim!

Senarai keluaran Time ini d klasifikasi menurut 5 kategori (pemimpin, peneroka, pemikir, penghibur dan pembina industri/empayar niaga).

Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tersenarai antara 10 pemimpin berpengaruh dunia, d tangga ke-9 (d mana Imam Hadhari?). 3 lagi pemimpin ummat Islam tersenarai dalam senarai lengkap 20 pemimpin berpengaruh (Muqtadr Al Sadr d tangga ke-13, Baitullah Mehsud nombor 17, dan ketua tentera Pakistan, Ashfaq Kayani d tangga ke-20).

Sheikh_mohammed Dalam kategori peneroka, pemerintah Dubai Shaikh Mohamed Bin Rashid Al Maktoum (juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE) d senarai sebagai peneroka berpengaruh nombor 10 dunia - dengan mengambil kira pelbagai inisiatif beliau meletakkan Dubai d mata dunia. Wanita kelahiran Iraq, Madeeha Hasan Odaib d letakkan d tangga ke-13.

Doktor keturunan Turki, Mehmet Oz menjadi Muslim tunggal dalam kategori pemikir. Beliau yang seringkali d beri gelaran doktor nombor 1 d Amerika d tangga ke-6.

Senarai penghibur juga menyaksikan wakil tunggal dunia Islam, Khaled Hosseini penulis novel yang meningkat naik dengan novel berkisar kehidupan d Afghanistan d tangga ke-9.

Kategori pembina industri/empayar niaga menyenaraikan 3 orang wakil dunia Islam - Menteri Minyak dan Galian Saudi, Ali Al Naimi (no. 2) yang mendahului putera raja Saudi, Al Waleed Bin Talal (no. 11) dan entreprenuer keturunan Sudan, Mo Ibrahim (no. 18).

Artikel Terdahulu:

Abdul Rahman Auf, Masih d Nanti!

Zakat 12 Orang Tampung 20 Tahun!

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://www.typepad.com/t/trackback/861251/28689772

Listed below are links to weblogs that reference Anwar Ibrahim Antara 100 Berpengaruh d Dunia!:

Comments

Post a comment

Comments are moderated, and will not appear on this weblog until the author has approved them.

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In