Mari Kita Lihat Siapa yang Terperangkap!
Raja Petra hari ini dpenjara. Berapa lama, bergantung pada sokongan dan dokongan rakyat yang menjunjung keadilan sejagat. Kepada sesetengah pihak yang lain, beliau dah dperangkap. Ya, akibat pelbagai artikel dalam laman yang menjadi bacaan jutaan peminat - Malaysia-Today, jerat bagi sipenjerat dah mengena!
Mungkin itulah kata-kata juak-juak yang ingin melihat berkuburnya Malaysia-Today.
Namun, teringat pula kata-kata Imam Ibn Taymiyyah apabila d tekan dengan pelbagai tekanan golongan Al Malak (yang d ingatkan kita oleh Shaikh Ali Tamimi).
ما يصنع أعدائي بي ؟ أنا جنتي وبستاني في صدري ، إن رحت فهي معي لا تفارقني ، وإن حبسي خلوة ، وقتلي شهادة ، وإخراجي من بلدي سياحـة
What can my enemy do with me? My heaven is in my heart. It goes with me everywhere i go. To put me in a prison is khalwah (private devotion to ALlaah), if they kill me i'll be a martyr, and if they kick me out of my land this is siyaha - or travelling/journey in the path of ALlaah.
Pada yang fikir mereka dah memerangkap yang nak dperangkap, fikir semula!
Takut nanti yang memerangkap terperangkap dek perangkap yang dpasang!
Manusia mungkin boleh menipu sesetengah manusia d sesetengah masa dan tempat. Tetapi dah tentu manusia tidak dapat menipu semua manusia d setiap masa dan tempat!
Pada Raja Petra, tabah dan teruskan perjuangan! Selagi berpaksi pada keikhlasan menegakkan kebenaran dan keadilan ada balasannya, dan tidak sesia perjuangan ini!
Kepada Sahabatku yg jua seorg "blogger", teruskan perjuangan...walaupun jauh nun dperantauan!
Posted by:azli | May 06, 2008 at 04:51 PM
Adakah juak-juak RPK benar2 berpaksi pada keikhlasan dan keadilan? ikhlas itu umpama semut hitam atas batu hitam di malam yang gelap gelita, sukar nak dilihat, janganlah cuma bermegah melaungkan hak2 kesamarataan dan keadilan sehingga melampaui batas, kita hidup berlandaskan undang-undang dan peraturan, janganlah seperti binatang dalam hutan, mungkin suatu perkara/isu itu betul pada pendapat kita dan mungkin sebaliknya pada pendapat orang lain, kita manusia rambut sama hitam hati lain2. carilah jalan penyelesaian yang paling sesuai, jangan melampaui batas....
Posted by:Ibrahim | May 07, 2008 at 04:04 PM
Buat apa buang masa tahan RPK..Bagi saja dia sebijik C4 habis cerita.
Posted by:mank_1221 | May 07, 2008 at 06:27 PM
Saudara Ibrahim,
Saudara mengatakan "kita hidup berlandaskan undang-undang dan peraturan", tapi adakah segala undang-undang dan peraturan itu sah betul? Kalau undang-undang kejam, perlu diikut juga ke?
Saudara juga kata "jangan melampaui batas". Siapakah yang menetapkan batas? Ikutkan BN, batasnya ialah apabila orang UMNO yang menjadi sasaran, itulah melampaui batas. Kalau orang lain takpe. Betulkah cam tu?
Posted by:oster | May 07, 2008 at 09:10 PM
RPK melaungkan kesamarataan untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama...... permasalahannya sekarang adakah semua orang bersetuju dangan pendapat beliau....adakah RPK mewakili semua Bangsa Melayu??......setahu saya, saya tidak pernah melantik beliau ataupun bersetuju dengan pandangan beliau.....apatah lagi untuk menyokong perjuangan beliau.....kita boleh lihat Singapura....yang kini menjadi "Singapore" setelah jatuh ke tangan bangsa asing.......apa dah jadi dengan "Singapore"....adakah Bangsa Melayu "terbela" selepas kejatuhan/penyerahan Singapura daripada Tanah Melayu kepada bangsa asing......kini, P.Pinang juga akan mengalami nasib yang sama.....tetapi, sesetengah Bangsa Melayu masih lagi ingin menjadi "Juara" kepada bangsa asing atas nama kebebasan bersuara dan berpolitik.......saya juga ingin bertanya......adakah sekelumit Bangsa Cina di Singapore yang turut memperjuangkan nasib Bangsa Melayu yang tertindas di Singapore?.....ataupun di P. Pinang?......kalau tidak Bangsa Melayu juga yang menolong......saya juga paham.....beliau sangat "open minded" dalam hal ini....apatah lagi RPK juga mengahwini bangsa asing.....tetapi adakah beliau berangapan semua Bangsa Melayu menyokong perjuangan beliau........pikir-pikirkan lah......jangan nanti dikata "menang sorak, kampung tergadai"......
Posted by:lim74 | May 08, 2008 at 06:26 AM
Salam...
sahabat oster, pendapat saudara memang ada benarnya. Melayu di singapura sememangnye di tindas. Tapi untuk mengatakan Melayu di Pulau Pinang akan mengalami nasib yang sama mugkin tidak begitu tepat. Kerana itu menunjukkan saudara agak prejudis tentang kemampuan masyarakat melayu dalam bersaing dengan bangsa lain.
Sepatutnya, kita fikir begini, apa lebihnya kaum cina berbanding kaum melayu? Melayu pernah menjadi bangsa hebat di rantau ini, melayu pernah menjadi ilmuan hebat. Tapi di mana silapnya?
Dan apabila melayu sudah berfikiran begitu, tak kisah la parti mana yang memerintah, pasti melayu akan naik seiring dengan bangsa lain. Pokoknya, bangsa melayu perlu keluar dari comfort zone mereka dan mula explore kebolehan diri.
Jangan asyik melaungkan hak-hak melayu, tapi bangsa lain melihat melayu tiada hak untuk mendapat hak tersebut. Bangsa melayu di Pulau Pinang perlu buktikan bahawa mereka boleh bersaing dengan kaum cina.
Posted by:zul | May 08, 2008 at 01:29 PM
kekalkan hak melayu.kalau tidak bangsa kita takkan dapat peluang belajar di universiti tempatan.sebab asalnya kita masih lemah.saya sokong oaster.
Posted by:jaguh | May 09, 2008 at 05:56 AM
Saya tidak pernah menyatakan di dalam tulisan saya bahawa Melayu tidak boleh bersaing dengan mana-mana kaum......saya juga tidak prejudis tentang kemampuan Bangsa Melayu untuk bersaing dengan mana-mana kaum dalam apa jua keadaan pun seperti yg ditulis oleh saudara Zul.....bahkan saya juga dalah seorang yang berjawatan tinggi di dalam sektor swasta yang mana ianya dimonopoli oleh bangsa yang selain daripada bangsa Melayu (setelah melalui pelbagai rintangan selama lebih 15 tahun untuk mencapai ke kedudukan skrg....tetapi mengambil masa 5 tahun saja bagi sesetengah kaum)......tapi untuk mengatakan P.Pinang tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Singapura adalah salah sama sekali.....hak-hak yang saya maksudkan ialah hak-hak keistimewaan bangsa Melayu....saudara juga mesti paham pengorbanan nenek moyang kita....(jikalau saudara "Zul" seorang Melayu).......bahkan Bapa saya juga adalah seorang askar yang menentang komunis di dalam mempertahankan negara ini....dan dia juga terlibat secara langsung di dalam persitiwa 13 May...di waktu itu....di mana bangsa-bangsa lain? Bahkan yang menjadi komunis juga kebanyakannya adalah bangsa asing......di dalam pemerhatian saya melawat banyak negara seperi England, Switzerland, Russia, Amerika dan juga negara2 timur tengah......mereka sangat terbuka kepada warga asing yang mencari nafkah di negara mereka.....tetapi warga asing yang menetap di negara itu juga harus menghormati Hak-Hak warganegara asal negara tersebut......pernahkah kita terdengar warga Cina meminta hak-hak yang sama di negara negara yang saya sebutkan di atas.......bahkan Bangsa asing yg berada di Malaysia sekarang sudah mempertikaikan hak raja-raja Melayu......atau pernahkan warga Cina ataupun Pakistan yg menetap di England memprotes Hak-Hak Queen di sana??? Lawatan kali ke-3 saya ke Moscow juga mencatatkan sejarah yang buruk....bilamana seorang Warga Singapore yang berbangsa Cina di bunuh di bawah jambatan berdekatan Hotel yang saya diami yg mana Rakyat negara tersebut sangat2 bersemangat perkauman.........tapi disini Bangsa Melayu sendiri melaungkan-laungkan bahawa Melayu harus keluar daripada "Comfort Zone".....tetapi comfort zone apakah yang saudara Zul maksudkan?........atau adakah "Comfort Zone" tersebut adalah alat atau rekaan bangsa asing untuk menunjukkan bahawa Bangsa Melayu adalah satu Bangsa yang lemah....dan dilaungkan ketelinga Orang-orang Melayu sendiri agar semangat memberontak/malu didalam diri orang2 Melayu dapat ditimbulkan???.....Saya juga ingin bertanya kepada Saudara Zul, adakah seorang Tuan rumah terpaksa berkongsi pakaian ataupun katil yang sama dengan tetamunya???.....Bahkan saya rasa dalam hal ini bangsa Melayu sudah pun berkongsi "makanan" mereka dengan tetamu-tetamu tersebut.........tetapi mestilah di ingat...."Tuan Rumah" masih pemilik kepada "Rumah" tersebut dan perlulah di hormati hak-haknya.....atau lain lah kalau "Tuan Rumah" itu sendiri yang bersemangat untuk membakar "Rumah"nya...tapi beringat-ingatlah, sekali tergadai, mustahil akan menjadi kepunyaan kita kembali.........dan sejarah telah membuktikanya.......walahualam...
Posted by:lim | May 09, 2008 at 05:57 AM
Tuan, ini semua ibarat sandiwara. RPK is actually savoring it.
Posted by:Gurindam Jiwa | May 12, 2008 at 05:55 AM