« Anwar Ibrahim Antara 100 Berpengaruh d Dunia! | Main | Mari Kita Lihat Siapa yang Terperangkap! »

May 03, 2008

Puaka Penahanan Manusia Merdeka!

Peristiwa gertak lagi bacul ke atas blogger terkenal Raja Petra mengingatkan kita betapa penahanan manusia d dunia masih berterusan. Apa jua nama dan sistem kehidupan yang d jelmakan manusia, pasti akan ada yang bersikap melebihi Pencipta manusia sendiri.

Abu Gharib, Abu Za'abal, Guantanamo, Kamunting, Mekhairiz dan apa lagi "resort percutian" buat mereka yang d lihat mencabar ketenteraman awam (baca: atas tafsiran mereka yang tercabar!).

Maka bila sistem jelmaan manusia gagal mengawal manusia, timbullah pelbagai kaedah yang menghalalkan penahanan manusia (pernah terfikir kenapa manusia d perlukan untuk mengembala lembu dan kerbau, kenapa tak d lantik saja lembu atau kerbau mengawal selia diri mereka sendiri!).

Entah siapa yang memberi lesen untuk menahan anak Adam yang d lahirkan ibunya sebagai anak Merdeka!

Hari ni akhbar Gulf News memberi fokus pembebasan bekas pemberita Al Jazeera, Sami Al Haj setelah d kurung bertahun-tahun tanpa sebarang pertuduhan.

Baca juga editorial Gulf News:

His story is just one. Hundreds of prisoners are still held at Guantanamo and they are not as high profile as Al Haj. But their plight is no less important nor the injustice they suffer any less.

There are many who think that the imprisonment of Al Haj was never about the so-called war on terror. It was to teach, this theory goes, the uppity Al Jazeera television station a lesson.

Al Jazeera, with its graphic accounts of the situation in Iraq and Afghanistan, has been less than favoured night-time viewing for American officials.

Al Haj was an innocent man doing a remarkably brave job. His imprisonment is just one of hundreds of reasons why that lawless place, Guantanamo, must be shut down.

Soalnya apa sikap kita?

Alah, biar sajalah keluarga mereka yang selesaikan. Lebih aulia negara mereka sendiri yang buat protes. Nak buat macamana, apa yang ada kat aku ni! Dah, depa sendiri cari pasal!

Dan entah pelbagai lagi pandangan dan justifikasi dalam melarikan diri dari isu yang melanda ummah!

Enam tahun lalu Sami Al Haj dan entah beribu lagi, semalam Raja Petra, hari ini dan esok giliran siapa pula?

Apakah kalau mereka bukan anak beranak kita, Islam tidak mengajar soal keadilan sejagat?

Sila Baca juga (artikel terdahulu):
Guantanamo: 5 Tahun Berlalu (beserta video)!
Puaka Guantanamo (Abu Za'abal d Mesir, Kamunting d Malaysia, Mekhairiz d UAE!)

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://www.typepad.com/t/trackback/861251/28728332

Listed below are links to weblogs that reference Puaka Penahanan Manusia Merdeka!:

Comments

Post a comment

Comments are moderated, and will not appear on this weblog until the author has approved them.

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In