Napoleon, memang fantastik!
Malam tadi sempat ikut program Napoleon. Walaupun agak lewat program ini d atur, sessi d Jumeirah Islamic Learning Center (JILC) menarik minat ramai - dari yang muda hingga yang dah berumur.
Kalau Ahad lalu bertemu dalam keadaan beliau agak santai, kali ini dia hadir dengan jubah. Tampak ada aura!
Sebelum sessi bermula sempat aku hubungi Gulf News, untuk cover sessi perjalanan hidup salah seorang bekas artis rap terkenal dunia!
Setelah tiba d JILC, jurugambar Gulf News tergamam.
"That guy is Napoleon?", dia bertanya. Ada sikit terlopong. Antara percaya dan tidak. "MasyaALlaah", katanya. Masih macam tak percaya. Kami sambung sembang sekitar 15 minit sebelum bermula sessinya.
Sessi yang berlansung sekitar sejam dua puluh minit d isi dengan semaksima mungkin.
Napoleon, begitu juga Tupac sebelum menjadi artis rap punya minat yang sama. Menulis puisi!
Apa saja yang berlaku d depan mata, akan d tulis puisi. Setelah beberapa ketika, puisi beralih ke rap!
Kejayaan pantas mengubah gaya hidup. Namun ketenangan tidak dapat d beli dengan wang. Segalanya d depan mata, rumah baru dan besar, kereta paling canggih, perempuan dan apa saja. Namun, jiwa masih kosong - inilah yang d rasai oleh Britney Spears kata Napoleon.
Dia amat memahami masalah jiwa yang melanda ramai artis.
Dalam tahun kematian Tupac (yang merupakan lebih dari seorang teman buat Napoleon), dia kehilangan nenek, adik (bunuh diri) dan seorang lagi temannya (adik kepada Tupac - terbunuh).
Taqdir ALlaah, beliau bertemu dengan seorang Muslim - ketika Napoleon sedang "mengamuk" d kawasan letak kereta.
"I was so upset with things that are happening so fast. I lost 4 people who were very close to me in the same year!", katanya.
Pertemuan itu mengubah segalanya (panjang lagi kisahnya, agak menarik).
Anak Muda yang Tercari Identiti
Mesej yang d bawa amat mencerahkan. Terutama buat aku, Muslim kelahiran.
Katanya dia kasihan dengan anak muda ummat yang hilang jati diri. Mencari identiti diri. Anak muda yang ingin menjadi artis rap. Yang "Muhammad" menjadi "Mo".
Antara kesal dan marah beliau berkongsi lagi pengalaman hidupnya.
"Muslim youths have all what it takes to be a good Muslim, man", setiap ayatnya pasti ada tambahan "man".
"Ain't no one will respect you, coz you ain't no self respect!". "You got a beautiful name, and you call yourself Mo!". "You wanna be like us, be we wanna be like your fore fathers, man!" - merujuk kepada RasuluLlaah dan para sahabat.
"Man, Islam came to me in a very difficult manner. We have to strive real hard, on the streets man! And you guys were born Muslims, with Arabic as your lingo (merujuk pada anak-anak arab yang meniru cara hidup hip hop). What's wrong with you?".
Dia seolah geram. Seketika tampak sedih. Mengikat kembali pertemuan beberapa anak arab d US yang dketemui. Bila bertemu, anak-anak muda Arab ini katanya begitu mudah menyebut nama-nama pemuzik dan kumpulan rap.
Bila d tanya siapa nama sahabat Rasulullaah, "I was shock to death - ain't no one can tell me the names of the sahabat!".
Persoalan anak muda kini menjadi agenda Napoleon. Pelbagai inisiatif dengan pelbagai NGO Muslim d Eropah dan Amerika d jalankan. Yang terbaru ialah HYPE - Help Young People Evolve - projek d UK. Selain memberi motivasi, beliau juga terlibat dalam program anti dadah, dan program anti sosial melampau.
Perjalanan kita masih jauh.
Ungkapan ringkas, tapi padat.
Namun yang agak menggembirakan (beliau sendiri seolah tersenyum puas) bila memberitahu 2lagi anggota OutLawz sudahpun bergelar "Muslim"! Selain Napoleon, kini Idiamin dan Noble (6 bulan lalu) sudah pun bersyahadah!
Beliau sempat berpesan,"Bro, don't forget man. Try to organize some programs for the youth in Malaysia. I am ready and interested to lend my hands man!".
Napoleon - dari rapper ke dunia da'wah.
Moga ramai lagi celebrities yang d bekal syahadah.
Sama merubah lanskap anak muda Ummat!
Artikel Terdahulu:
Hidayah, Mahal Harganya: Kisah Napoleon
Salaam.
Bro Hasnol,
I wud be glad if u cud share with us here of Napoleon's experience at d parking lot.
Pls just dont type it was an interesting experience - we also want to know, man!
Posted by: Azli | July 13, 2008 at 08:16 PM
Sorry Azli. Will share you the story when we meet up, InsyaALlaah.
Posted by: dperantauan | July 14, 2008 at 09:13 AM