October 06, 2007

Emirates Explorers d Ramadhan!

P1000591 Seperti tahun-tahun lalu, Emirates Explorers (EE) dalam Ramadhan tahun ini juga aktivitinya bertemakan kebajikan. Kebajikan buat rumah kebajikan. EE yang d anggotai anak-ibu-ayah pelbagai latarbelakang (new converts, born muslims, asians, americans, arabs among others) mempelbagaikan aktiviti bagi mengisi masa anak-anak dperantauan.

Cetusan idea kaum ibu dperantauan, antara aktiviti EE sehingga kini ialah lawatan ke kilang susu, stesen tv, balai bomba dan ke ladang ternakan. Juga pernah kendalikan kelas bagi anak-anak pra-sekolah.

Continue reading "Emirates Explorers d Ramadhan!" »

September 20, 2007

Dubai City That Cares!

Walau tiada promosi membeli belah bulan Ramadhan d Dubai tahun ini (setiap tahun promosi membeli belah Ramadhan bertema "Dubai City that Cares", yang selalunya d akhiri dengan hadiah wang tunai Dhs.1 juta), Ramadhan tahun ini tetap punya tema kebajikan. Malah ianya lebih extravaganza!

Dubaicares2Mengambil semangat "memberi" d bulan mulia, Dubai semalam menyaksikan pelacaran inisiatif jutaan Dirham oleh pemerintah Dubai (juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE), yang akan memberi peluang pendidikan kepada sejuta kanak-kanak seluruh dunia.

Acara pelancaran Dubai Cares (DC) d buat d Jumeirah Theater yang turut d hadir pembesar, tokoh masyarakat dan koperat. Ianya mengiktiraf pendidikan sebagai jalan penyelesaian kemiskinan jangka panjang d negara membangun.

Continue reading "Dubai City That Cares!" »

October 08, 2006

Aktiviti hari Minggu

Khamis baru ini Emirates Explorers beraktiviti lagi. Kali ini aktiviti berkeluarga. Emirates Explorers yang diasaskan oleh beberapa ibu di kawasan kami tinggal adalah kumpulan yang menyediakan aktiviti bulanan untuk anak-anak pelbagai latarbelakang dan umur.

Antara objektif EE ialah untuk mengisi masa anak-anak dperantauan dengan aktiviti sihat berbentuk berkumpulan dan ilmiah. EE dianggotai oleh anak-anak (dan keluarga) dari Amerika, Canada, Malaysia, Maghribi, Palestin, UK dan Zanzibar. Antara aktiviti EE yang lalu ialah lawatan ke balai bomba, kilang membuat susu, "home schooling" anak-anak antara umur 3 - 5 tahun dan perkhemahan di persisiran pantai Fujairah.

Memang membesarkan anak-anak dperantauan agak mencabar, kalau dibandingkan dengan membesarkan anak-anak di negara sendiri, apalagi di UAE, negara yang punya lebih dari 120 warga dunia dan gaya hidup kosmo yang serba materialistik!

Pelbagai ragam, karenah, budaya, mahupun agama yang sedikit sebanyak dapat "menarik" minat anak-anak untuk mendekati kalaupun tidak "embrace" sepenuhnya. Omputih kata - melting pot. Silap haribulan, kalau tidak kena gaya membesarkan anak-anak dperantauan, identiti Muslim yang ingin diterapkan "cair" di tengah jalan!

Dsc00052 Aktiviti bulan ini, setiap keluarga EE diminta menyediakan beberapa makanan asasi (susu, jus, beras, beans, gandum - antaranya) yang dipek bersama bagi tujuan penghantaran pada badan kebajikan (rumah anak yatim, dsb. di UAE).

Cuma yang berlainan dari Ramadhan tahun lalu ialah kali ini anak-anak "mencorakkan" kertas yang membaluti kotak hantaranDsc00046 dengan pelbagai corak yang dilakar dan diwarnakan oleh mereka sendiri. Beranika corak. Pelbagai cogankata: Ramadhan Kareem, 'Eid Mubarak antaranya.

Selesai aktiviti diatas, kami sama-sama menikmati Iftar di rumah Pengasas utama EE - keluarga yang berasal dari California. Pelbagai juadah melambangkan kepelbagaian bangsa dapat dinikmati. Masam, pedas dan manis sama dirasa. Namun, yang lebih manis ianya dinikmati bersama oleh ummat yang satu Aqeedah!