Sebelum ini sekadar menonton atau membaca lapuran perjalanan persidangan Parlimen luar negara yang riuh tidak terkawal. Sehingga ada yang bertumbuk, hatta membaling objek.
Kini dah menular ke Malaysia, tanah airku. Dari perantauan dperhati.
Perbalahan, perbezaan pandangan bisa saja d dengar mahu d pertontonkan. Baik d Parlimen, mahupun sidang DUN.
Tapi melihat perkembangan DUN Perak yang "bersidang" hari ini menampakkan bagaimana tahap perbezaan pendapat sudah tidak terkawal lagi. Berkuasa, at all cost.
Persetankan prinsip demokrasi. Pilihan rakyat hanya omongan. Slogan. Umpama slogan 1Malaysia, yang entah apa makna dan penghayatannya.
Infrastruktur kelas pertama, mentaliti masih kelas dunia ketiga!
Speaker sah d perlaku sesuka hati. Hanya mahu berkuasa, tak mengira cara.
2:47pm, Speaker Perak yang sah d turunkan secara paksa. Polis menjadi alat dan perkakas mereka yang rakus.
Belum pun reda bertubi tuduhan keterlibatan PM Malaysia d dalam kes pembunuhan kejam, timbul pula peri laku ganas d DUN Perak.
Hari HITAM buat Malaysia berterusan!

Recent Comments