Majalah Fast Company dalam edisi terbaru memberi fokus kepada carta 50 syarikat paling berinovasi dunia. 8 kategori d beri fokus, dari hiburan hingga marketing, dan banyak lagi.
Mungkin ramai yang belum membaca atau melihat carta ini akan meletakkan google atau Apple sebagai syarikat teratas carta. Namun, Fast Company meletakkan "syarikat" baru, paling tinggi daya innovasinya - "syarikat" Obama!
"Syarikat" Obama dengan seramai 2 juta "employees" (jumlah yang d daftar d laman web mybarrackobama.com dan lebih 35,000 kumpulan sokongan memang punya taraf syarikat "gergasi".
Namun yang meletakkan "syarikat" Obama teratas ialah kebolehan mereka berfungsi dengan seoptimumnya (walaupun dengan jumlah yang ramai, tidak seperti syarikat gergasi lain yang d tambat fleksibilitinya). Segalanya terletak pada operasi 3"O" - Obama's Online Operation.
3"O" seperti yang d ungkapkan Fast Company ialah "to connect with voters better, faster, and more cheaply than ever before".
Banyak sudah ulasan tentang inovasi "syarikat" Obama. Soalnya, bagaimana "model" ini boleh d guna pakai - mungkin boleh d cuba saat Pakatan Rakyat hebat d henyak dan d serang media tradisi (media cetak dan eletronik hamba UMNO dan BN).
Apa mungkin krisis d Perak boleh d mobilisasi dengan operasi 3N (Nizar Network News) - mensasarkan berita terkini buat pengundi, rakyat dengan kaedah yang pantas dan murah! SMS, LIVE video feed serta blog harian dari YAB Nizar dengan pelbagai cara menarik tenaga sukarelawan dari pelbagai latarbelakang (masih ingat strategi Obama dengan sukarelawan tukang gunting rambut? baca d sini sini atau sini).
Baca lapuran Fast Company d sini

Recent Comments