Jumaat baru ini sempat bertemu dua tokoh antarabangsa yang punya authority dalam memberi pandangan terhadap gerakan Islam yang juga kerajaan sah pilihan rakyat Palestin, Hamas.
Dalam sesingkat masa (lebih kurang dua hari) bersama Bilal teman dari UAE, sempat kami rakamkan sessi bersama Dr. Azzam Tamimi dan Paul McGeough.
Dr. Azzam Tamimi (DAT) merupakan salah seorang teman rapat pimpinan Hamas, Khalid Mishal.
Sebelum ini hanya sempat mengenali beliau dari buku-buku karangannya dan analisa yang d muatkan dalam beberapa majalah antarabangsa - terutama krisis Palestin.
Beliau yang pernah menjadi teman sekolej kini merupakan penganalisa politik berpusat d London. Salah sebuah buku beliau, "Hamas - a History from Within" menjadi rujukan tentang sejarah dan latarbelakang Hamas.
Kami d rai begitu mesra oleh DAT - walau ini kali pertama kami berjumpa. Rumah DAT yang terletak d kawasan bukit d kelilingi pokok tin, gandum dan barli. Dari tingkat atas, kami boleh melihat sebahagian dari bumi Palestin.
Jika cuaca terang, boleh juga kelihatan Al Quds kata DAT. Kelihatan juga bukit Nebo, pusat pelancungan penganut Kristian ortodoks.
Dengan cuaca dingin sekitar 17C, tengahari Jumaat baru ini begitu nyaman mendengar insider story beliau tentang Hamas. Sesuatu yang sudah tentu berlainan dari account media barat.
Continue reading "Jordan d Hujung Minggu: Bersama Dr. Azzam Tamimi!" »

Recent Comments