DPC berakhir dengan pelbagai kenangan.
Mungkin pada sesetengah ini adalah pengalaman pertama untuk bersama puluhan ribu dalam suatu dewan untuk bersama mengenal secara dekat mesej Islam. Pada sesetengah pula, ianya membangkit nostalgia ketika menghadiri program seumpama yang biasa d kendalikan d Amerika Utara dan UK.
Apapun, pada kami sekeluarga kami mengalami keduanya serentak.
Kenangan pertama yang amat manis buat anak-anak kami, manakala buat ayah dan ibunya pula ianya membangkit kenangan silam ketika menghadiri convention ISNA yang juga pada lazimnya mengumpulkan puluhan ribu peserta.
Pengalaman bertemu secara lansung tokoh-tokoh agamawan, cendikiawan dan penda'wah masa kini bukan mudah nak d realisasikan kalau tak seumpama program begini.
Dubai dahagakan program seumpama DPC
Muaz dan Farhah amat terkesan dengan sessi yang berlansung, terutama sessi "the Funny Sheikh" - Yusuf Estes dan sessi Ustaz Hussein Yee (sewaktu sessi bersama rakyat Malaysia dan sessi d bilik VIP pada malam terakhir). Tak ketinggalan sessi persembahan nasyeed oleh Zain Bikha.
Hadirin yang berjumlah puluhan ribu memberi signal kota kosmo Dubai amat dahagakan program seumpama. Ianya jauh menarik minat ramai - dari pelbagai ras, latarbelakang dan agama termasuk golongan muda mudi. Malah, ada yang mengatakan DPC mengalahkan konsert Sure Heboh!
Continue reading "Dubai Peace Convention: Pengamatan Ringkas!" »

Recent Comments