August 15, 2008

Muktamar PAS ke-54 (Ogos 15'08) Ipoh, Perak

Pertama kali mengikuti secara terus perjalanan Muktamar PAS Pusat. Selalunya melalui webTV. Tiba sehari awal, tapi tak sempat ikuti perjalanan Muktamar Pemuda. Sempat bertanya perjalanan Muktamar Pemuda dengan exco, Dr. Rosli Alani.

P1020334 Perjalanan Muktamar PAS Pusat berjalan dengan baik. Pandangan lansung ke arah pimpinan utama, termasuk tetamu luar - seated row kedua tetamu antarabangsa. Antaranya DS Anwar Ibrahim, DS Wan Azizah, pimpinan Gerakan Islam Indonesia, Turki dan Jordan.

Antara pimpinan yang sempat d temui ialah YB Husam Musa, Mohd Sabu, YB Dato' Kamaruddin Jaffar, YB Dr. Hatta, YB Salahuddin Ayub, YB Ustaz Nasharuddin, YB Ir Amiruddin, YB Dr. Dzulkifli, YB Syed Azman, Dr. Haron Din.

Selesai hari pertama, ke Permatang Pauh bersama Dato' Husam!

Gambar sekitar hari pertama d sini (gambar amatur, dari row kedua ruang tetamu antarabangsa)

August 10, 2008

Kota Bharu'08!

D Kota Bharu selama 4 hari untuk Muktamar Tahunan AFMY (Asian Federation of Muslim Youth) dan IMBnet ke-3 d Kota Bharu.

Penyertaan tahun ini amat menggalakkan - antaranya dari pertubuhan belia Islam dan individu Myanmar, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Singapura, dan Malaysia sendiri.

Isu mendesak melanda ummat masih sekitar pendidikan dan cabaran menghadapi serangan pemikiran.

Dscn0126 Acara IMBnet tahun ini d sempurnakan pembukaannya oleh TG MB, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Sempat bertanya khabar dengan TG.

Walaupun kelihatan agak keletihan, TG Nik ternyata memberi layanan terbaiknya buat tetamu yang hadir dari luar negara - dengan beramah mesra.

Hari terakhir program kami sempat solat subuh bersama TG Nik d Pulau Melaka.

Continue reading "Kota Bharu'08!" »

August 06, 2008

Dsai: Lawan Tetap Lawan!

Dsai Sempat ziarah DS Anwar Ibrahim d pejabat PKR petang tadi. Sessi Press Conference berhubung mahkamah memanggil DSAI esok, mengumpulkan puluhan jurugambar dan pemberita dalam dan luar negara.

Selepas PC, DSAI sempat berbincang dengan peguam-peguamnya yang d ketuai Sulaiman Abdullah.

Aku sempat bersembang dengan beberapa kenalan korporat dan ahli politik yang berada sekali d sana.

Sempat juga bertemu DSAI, mengetahui secara lansung perkembangan kes beliau dan persiapan Permatang Pauh. Secara ringkas, beliau dalam keadaan siap siaga. Gambar d rakamkan ketika berbincang ringkas dengan DSAI.

July 29, 2008

Lapuran Malaysiakini: Pet nak gasak Raja Petra?

Sudah ada orang mengamuk. Lagak macam dah sedia nak perang. Atau mungkin nak debat!

Dperantauan.com leh organize debat ni. Debat boleh pilih siapa Raja antara 2 Pet!

Tajuk "Siapa gagah: Pet atau Raja Pet?"

Lapuran Malaysiakini:

A close relative of Mohd Saiful Bukhari Azlan echoed police sentiments today, rubbishing claims that his nephew had not been sodomised.

Responding to a leaked medical report from Hospital Pusrawi (Pusat Perubatan Islam) yesterday, the uncle - known only as Uncle Pet - said the new revelations were aimed at diverting public attention away from the alleged crime.

Continue reading "Lapuran Malaysiakini: Pet nak gasak Raja Petra?" »

July 24, 2008

Tok Guru Nik, Salut!

Muza Tok Guru Mursyidul Am memang hebat. Benar-benar statesman. Dalam sabar, d lebarkan da'wah. Dalam lembut, pengajaran d lakar. Betul acuan Uswah Hasanah.

Setelah berkali pandangan dan nasihat d beri seolah masih ada yang tak berapa nak dengar. Leter tak cukup. Mungkin cubit si ayah perlu sesekali!

Maka berlansunglah sessi d KB semalam.

Pernah seorang teman sebut, TG Nik bukan orang yang rajin marah. Memang betul, beberapa kali berkunjung ke rumahnya memperlihatkan akhlaq dan budi da'ie yang terasuh. Bahkan, kunjungan pertama ku ke Pulau Melaka, TG Nik sendiri yang menghidang dan menjamu - dalam beliau sibuk nak bersiap ke pejabat (mana nak dapat Menteri Besar duduk dan bangun ambil sarapan untuk tetamu!).

Continue reading "Tok Guru Nik, Salut!" »

July 23, 2008

Sembang Muzakarah: Apa Arah. Siapa Parah

Ihsan Haneif

Banyak sungguh yang memberi pandangan pasal muzakarah ni. Ada yang naik darah. Ada yang kata tak terarah. Ada yang kata nak mentekedarah jawatan. Ada yang kata PR dah parah. Dan macam-macam lagi.

UMNO pun satu. Waktu dulu orang nak muzakarah. Hang tak mau. Bila dah menggelupur, baru terhegeh-hegeh. Ada pulak yang menyambut. Hai, parah-parah!

Aku kata: Oii, UMNO! muzakarah apa, piiiii rah!

Dalam orang dok kata Tok Guru Nik Aziz keseorangan tak nak muzakarah, timbul lagi yang melahirkan bimbang dan serupa mesej Tok Guru. Media putar alam ni buta dan pekak, ke apa. Dah berapa kali Dato' Husam dan Mohd Sabu sebut jangan muzakarah. Hari ni tambah satu lagi suara. Suara Dewan Pemuda. Syabas Pemuda! Petikan lapuran malaysiakini.com

salahuddin ayub 01"We in PAS are always ready and willing to talk to anybody on issues related to national importance.

"But in the case of muzakarah (dialogue) with Umno, PAS Youth will reject any form of discussions focusing on Pakatan Rakyat's affairs or political cooperation with Umno," he added.

He said this was the Youth wing's collective resolution after a three-hour discussion on the issue during a special meeting at the PAS headquarters in Kuala Lumpur last night.

Aku kata: Sebelum muzakarah, elok muhasabah dalaman. Bincang apa perlu muzakarah. Apa pulak objektifnya. Takut tak sempat muhasabah, p muzakarah. Balik dah sah kena maha-belasah!

Continue reading "Sembang Muzakarah: Apa Arah. Siapa Parah " »

July 21, 2008

Jangan Jadi Chipsmore!

Perkembangan sosio-politik tanah air nampaknya bertambah asam garamnya. Tak cukup perencah, ajinomoto pulak d renjis.

Dari percakaran dalaman BN yang melahirkan rasa resah gelisah rakyat, kenaikan harga minyak yang membebankan, kadar jenayah yang terus meningkat - isu sebegini dah berjaya d alih dari mata dan fokus rakyat.

Isu-isu d atas harus d beri tumpuan utama. Entah bagaimana, isu-isu d atas dah pun kena hijack, pelbagai isu pula tercipta. Mengalih pandangan rakyat, walau perit kenaikan kos sara hidup terus menghimpit.

Dari isu liwat DS Anwar, kini timbul pula kisah jeling menjeling UMNO, yang d hujung senja dengan PAS. Bukan sekadar barang sulit DS Anwar, malah hubungan dalaman PR pula cuba d londehkan - siapa yang intim dengan siapa, siapa yang dok ngacau siapa, dan entah bermacam lagi.

Continue reading "Jangan Jadi Chipsmore!" »

July 20, 2008

Jalan-jalan Cari Masjid...Catatan dperantauan!

Aktiviti Jalan-jalan Cari Masjid masuk minggu ketiga. Minggu ni kami ke Ras Al Khaimah. Berpergian dengan kem orang "bujang" (oopss, termasuk seorang yang masih punya keluarga d sini!).

Trip sebegini mengingatkan aku pada zaman student. Berpergian beramai. Ke program biasanya. Bertemu tetamu dari Malaysia, pimpinan massa dan menimba ilmu.

Termasuklah walimahku d Indiana. Perjalanan berbelas jam! D ijab kabul oleh TG Hadi dan d saksikan Almarhum Pok Nik Lah (Ahli Parlimen Pengakalan Chepa waktu itu) dan Cikgu Mustafa Ali.

Catatan d RAK ada d catat oleh Pak Payne d sini dan Zuhairi d sini

Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke-10 aku merantau d UAE. Seingat aku, dalam 16 tahun kebelakang ini, kami sekeluarga hanya "singgah" d tanah air sekitar 3 tahun. 2 tahun selepas tamat pengajian d Tulsa - sebelum kembali ke Tulsa. Dan setahun selepas pulang dari Tulsa buat kali kedua, sebelum ke UAE.

Duduk dperantauan ada pahit manisnya. Ada naik turunnya. Tapi pada aku, itulah yang mematangkan seseorang.

Apalagi pengalalaman dperantauan semasa bergelar pelajar, tahun 90an dulu. Yang amat aku cherish ialah sewaktu kali kedua kami ke Tulsa.

Pengalaman pinjaman pelajaran yang d bekukan saat isteri nak melahirkan anak kedua kami amat mencemaskan. Winter 1997 masih dalam ingatan. Aku sibuk, bukan d Univerisiti. Tapi sibuk d dapur 8 Days A Week - kedai makanan Timur Tengah yang menjadi tumpuan pelajar Timur Tengah d University of Tulsa.

Continue reading "Jalan-jalan Cari Masjid...Catatan dperantauan!" »

July 16, 2008

DS Anwar d Tahan Polis!

UPDATED DS Anwar d bebas sehari kemudian, selepas pelbagai lagi intidimasi.

Artikel Malaysiakini - "Anwar an extraordinary danger to BN" mengesahkan DS Anwar amat d takuti.

Dah berjanji nak temu jam 2 petang, kenapa perlu d tahan jam 1 petang? Flip flop lagi? Chipsmore lagi? Khabarnya pula begitu ramai yang "menjemput", sampai tak sempat nak tunjuk muka (apa perlu pakai topeng, bukan party cocktail!).

Kini Raja Petra pula yang d cari?

Artikel terkini Malaysiakini d sini

Ada Kawan Baru d Dubai?

Debat Sepanjang hari dan malam, semalam ramai antara kami d Dubai membicarakan debat hebat DS Anwar dan D Shabery Chik. Seawal bermula debat, SMS dan email masuk, memberi komen dan meminta pandangan - dari body language kedua tokoh yang berhadapan bukan saja audience 100 orang d dewan DBP, malahan berjuta lagi (pancaran TV dan online sources).

Lihat saja gambar d atas!

Dalam sessi makan malam kami malam tadi yang turut d hadiri hampir 20 orang teman, topik debat tetap hebat d perdebatkan.

Malas nak ulas, dah banyak ulasan - dari malaysiakini, hinggalah  bloggers d alam blog. Boleh jugak tengok skali lagi d sini

Satu tema yang sama seolah d kongsi, termasuk kami d Dubai - DS Anwar won hands down!

Kata seorang teman, nampak gaya kita mungkin ada kawan baru d Dubai. Kenapa, aku bertanya. Shabery mungkin kena cari kerja lain, takkan nak cari kerja d Malaysia - Dubai destinasi terbaik buat beliau!

Lain2 lapuran/ulasan
Rakaman Debat sini
Analisa Malaysian Insider sini
Artikel Malaysiakini sini
Artikel Malaysia Today sini
Edyes sini
Faisal Tehrani sini
Fudzail sini
Global Media sini
Kecek Tok Mudin sini
Jahilgoblog sini
Khairul Faizi sini
Komen Penonton sini
Marina Mahathir sini
MSO sini
Nat sini
Penarik Beca sini
Rustam Sani sini
Vincent sini

Hijri Date

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Blog powered by TypePad