ALhamduliLlaah, semalam berjalan lancar program anjuran Pejabat Konsul Jeneral d Dubai dan myUAE-PRO. Majlis Hari Keputeraan YDP Agong.
Setelah bersama terlibat menganjur beberapa acara sukan, family day dan program bulanan, acara semalam ada kelainannya serba sedikit.
Pertamanya ini event bersama dengan Pejabat Konsul Jeneral yang pertama buat myUAE-PRO. Kedua, ini event (sebegini besar saiznya) pertama buat AJK myUAE-PRO. Ketiganya, ini event pertama teman jadi MC d majlis seumpama! (gambar dengan CG, Syed Mohd Hasrin - batik ungu. Cukuplah list tiga ni dulu kot!)
Pelbagai perancangan d buat oleh kedua-dua pihak - pejabat Konsul Jeneral dan myUAE-PRO. Dari mencari venue Majlis (foyer MATRADE bukan tempat asal yang d cadangkan), mengisi aktiviti semasa Majlis, hinggalah nak approach penaja Majlis.
ALhamduliLlaah, semua berjalan dengan lancar. Terima kasih buat Konsul Jeneral, Syed Mohd Hasrin (dan kakitangan pejabatnya) dan seluruh AJK myUAE-PRO (d bawah pimpinan Pak Payne!). Juga penghargaan buat para penaja (MAS - Pn Merina Tahir, Regional Director pictured sebelah, MPOC, Flexim, Veritas dan Mutiara) dan setiap pihak secara lansung atau tidak yang menjayakan majlis!
Syabas dan mabruk!
Lapuran myUAE-PRO d sini. Catatan Pak Payne sini. Catatan Zuhairi sini
Koleksi gambar Nik d sini
Nota: Majlis juga mendapat lapuran Bernama, cuma ada yang sentuh: kenapa Bernama tak sebut myUAE-PRO?
Recent Comments