Selamat Hari Raya 'Eidulfitr 1431H. Lewat skit nak ucap. Better late kan dari tiada lansung?
TaqabalaLlaahu minna wa minkum. Moga ALlaah SWT menerima 'amalan kita bersama.
Maaf zahir dan bathin.
Ramadhan tahun ini rasanya amat terisi dengan pelbagai program komuniti.
Bersama warga MY-UAE. Program Ihya' Ramadhan. Meraikan tetamu istimewa sepanjang bulan istimewa. Muaz dan Yaasir pula sempat sertai musabaqah hafalan d masjid kami.
Gambar d bawah d ambil jurugambar Khaleej Times untuk temuduga Ramadhan dperantauan (beberapa jam d rumah untuk d temuduga. malangnya, tak sempat nak keluar). Asma dan kawan-kawannya Irdina dan Ilham saja yang d papar dalam Khaleej Times (d sini).
Video pula siaran Dubai TV untuk rancangan City Wrap - memaparkan segmen Ramadhan d kalangan keluarga ekspatriat d Dubai. Edisi Malaysia amat special! 3 keluarga sekali dalam sessi hari itu (my interview session, Zaida's bubur lambuk dan Nani's kuih koci).
Rakaman d buat dengan iPhone 4. Untuk paparan lebih jelas boleh ke laman Dubai TV (City Wrap) d sini
Sempat juga d hubungi Al Jazeera untuk rakaman yang serupa. Kongsi peluang untuk teman lain pula bagi siaran Al Jazeera.
Huda TV merupakan salah satu dari hanya beberapa stesen TV satelit Islami yang menyiarkan program dalam bahasa Inggeris. Kami sekeluarga sering nonton beberapa rancangan yang bukan sahaja senang d fahami, malah dengan isu kontemporari dan gaya persembahan yang kadangkala santai membuatkan kami teruja.
D UAE, Huda TV boleh d capai melalui satelit Nile Sat.
Pelbagai slot dan program untuk pelbagai umur dan latar belakang d sediakan.
Huda TV berkongsi informasi, pandangan dan pelbagai tips dalam memahami dan menghidupkan Islam sebagai rahmat untuk sekelian alam (Ust Hussein Yeejuga merupakan salah seorang yang sering ke udara d Huda TV)
Huda TV kebelakangan ini dalam keadaan yang agak sukar dan mencabar.
Mengendalikan operasi dan menyediakan program terkini dan sesuai buat ramai ke serata pelusuk dunia memerlukan dana yang agak tinggi.
Bro BilalAbdul Kareem (yang pernah menjadi speaker jemputan beberapa program bulanan kami d sini) pernah beritahu tahun lepas Huda TV hampir lumpuh, sebelum ada dermawan tampil memberi sumbangan.
Huda TV sudah banyak menyumbang kepada orang ramai dengan pelbagai program Islami yang memberi sinar d dalam rumah-rumah kita.
Mungkin masanya kita menyumbang pula kepada kesinambungan kerja-kerja siaran dan da'wah yang d buat oleh Huda TV.
Sila capai Link ini jika ingin menyumbang ke arah kesinambungan Huda TV.
Jangan biarkan Huda TV padam!
Sama-sama kita bantu membantu dalam perkara kebaikan dan taqwa.
Dalam seminggu dua ni beberapa media UK menyiarkan lapuran eksklusif tentang Dubai. Lapuran-lapuran yang d siarkan BBC dan The Independent memberi fokus tentang layanan buruk yang d terima oleh tenaga buruh d Dubai.
Walaupun lapuran-lapuran ini ada benarnya, ada yang bertanya apa motif sebenar lapuran ini d buat. Umum tahu barat bukanlah pihak yang prihatin sangat (mahupun ikhlas) dengan kes seumpama. Berapa banyak kes penindasan kaum minoriti berlaku d UK sendiri.
Padaku, dalam isu sebegini pihak yang seharusnya d persalahkan ialah Dubai sendiri. Memang sudah tugas media barat melapurkan apa yang boleh menjatuhkan imej pihak yang d lihat "tidak sekufu" dengan mereka. Apalagi pihak ini d benua Asia.
Dubai pula mendedahkan diri kepada pelbagai kritikan media dengan membuka pintu seluasnya. Layanan keatas tenaga buruh memang d tahap yang bukan berkelas dunia - status yang ingin d capai Dubai.
Yang lebih parah ialah tidak bertindak strategik dalam membentuk opini umum. Dengan pelbagai kekayaan, dunia Dubai (dan hampir seluruh negara Arab) masih tidak meletakkan awlawiyat perlunya ada "kuasa" melalui media. Duit minyak rata-ratanya d labur dan tabur pada pelbagai pelaburan berbentuk prasarana dan hartanah (luar negara), meninggalkan penguasaan media.
Selain Qatar dengan Al Jazeeranya (yang sudah mencipta nama d arena global), tidak kelihatan usaha dunia Arab untuk menguasai secara lansung (atau proksi) syarikat media gergasi (berlainan dengan strategi rejim Zionis yang meletakkan penguasaan media sebagai awlawiyat tertinggi mereka).
Setakat menjadi teman rapat kuasa besar belum memadai untuk mengharap media tidak menghentam rejim mereka. Sehari dua dalam keadaan berkawan baik, mungkin media tidak menyentuh mereka. Tetapi jika sudah tidak menurut telunjuk, tunggu saja bedilan media tak putus mendatang.
Tiada gunanya terpampang nama dalam senarai manusia terkaya d dunia. Mahupun tersenarai dalam destinasi terbaik dunia. Membuktikan duit, harta dan pelaburan anda d barat (yang membantu ekonomi mereka terus subur) belum mampu mencorakkan atau mempertahankan diri dalam membentuk opini umum.
Fulus sekadar membeli harta dan "kawan" (d kala "kawan" masih seronok mengaut untung buat kantung mereka). Fulus, belum lagi mampu "berkuasa"!
Nota: video yang d paparkan ialah salah satu usaha populasi Arab/Muslim d Amerika melalui Linktv: mengambil jalan media untuk melebar luaskan pendidikan berkenaan dunia Arab, Islam dan Muslim dalam kehidupan mereka sebagai rakyat Amerika (suatu pengiktirafan peranan media dalam membentuk opini umum)
Recent Comments