Beberapa hari lalu selepas mendapat berita Mahabba Festival, aku menghubungi Kofi. Kofi yang berasal dari Amerika berkhidmat dengan salah sebuah anak syarikat kerajaan Dubai sebagai salah seorang pengurusan kanan syarikat. Beliau pernah tinggal d Malaysia buat beberapa ketika, dan amat selesa dengan Malaysians.
Tujuan hubungi Kofi, nak pastikan jika ada persembahan Native Deen d Dubai.
Pernah aku bertemu pengurus Native Deen, Safeer dan Mualim bersama Kofi tahun lalu sewaktu Native Deen berada d Dubai. Selepas pertemuan itu, kami berutus mel, cuba membawa Native Deen ke Malaysia dalam program Nisa' Games.
Abu Dhabi bakal menyaksikan kehadiran personaliti dunia Islam hujung minggu ini d Mahabba Award Festival
2008. Festival yang masuk tahun kedua ini bermula selepas peristiwa
serangan ke atas keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Atas inisiatif
beberapa individu, Mahabba Award Festival terjelma - penghargaan buat
penggiat seni yang melahirkan rasa cinta dan mahabbah pada junjungan
Muhammad s.a.w.
Hari ini berkesempatan bertemu dengan pengurusan kumpulan nasyeed Amerika yang semakin popular, Native Deen. Bertemu d rumah ALlaah - masjid Mirdif!
Native Deen yang memenangi Mahabba Award beberapa bulan lepas d Dubai (Muslim MTV award, sort of) dalam rangka kunjungan kedua ke Dubai - konsert 'Eiduladha.
Bro Safeer dan Bro Mualim (like any other American Muslim bro - energetic, friendly and jovial) begitu tertarik bila dtanya apakah Native Deen berminat buat persembahan d Kelantan?
"You mean the Islamic state in Malaysia?", tanya Bro Safeer. "Yup!", jawapku.
Open for discussion, kata depa. Native Deen memang berminat untuk bertemu peminat d negara ummat. Sudah mengadakan beberapa persembahan d Turki, Afrika dan Dubai. Selain dari Eropah.
Kata Bro Safeer, jika menjadi kenyataan (konsert d Kelantan), pastikan ada pertemuan dengan anak muda. Mungkin berbentuk program amal, mahupun workshop.
Mudah-mudahan 1428H/2007 nanti Kelantan bakal menyaksikan konsert nasyeed Native Deen bersama kumpulan/artis lain (Yusuf Islam?)
Persembahan Native Deen d Royal Albert Hall (Islamic Relief Tour) d sini
Persembahan Native Deen d Night of Remembrance d sini
Recent Comments