Semalam terima jemputan beberapa keluarga yang menetap d bahagian utara UAE - Sharjah dan Ajman (sebahagian dari Northern Emirates). Mereka buat perancangan untuk piknik hujung minggu d padang pasir. Agak malas nak sertai. Badan seakan mahu berehat saja - beberapa minggu kebelakangan ini macam tak henti menyambut tetamu.
Setelah d pujuk dan d beri kata pasti (hanya bawa diri, keluarga dan bekalan teh tarik!) - kami bertolak ke destinasi. 4 keluarga dari Northern Emirates telah tiba awal dari kami. Perjalanan dari Mirdif ke destinasi (hampir ke Kalba) sejauh hampir 75km.
Sudah agak lama tidak ke padang pasir. Cuaca (yang mula memasuki musim sejuk) sungguh nyaman. Apalagi kami duduk d puncak sand dune. Pemandangan yang sungguh menenangkan - sambil menanti masuknya Maghrib.
Anak-anak dan kaum ibu juga menghilangkan kesesakan harian kosmo. Anak-anak berlari riang d keluasan padang pasir. Kaum ibu pula santai d kaki sand dune!
Solat maghrib berjemaah d tiup angin d padang pasir mengingatkan kami tentang program summer camp d US dulu - sambil bertamrin, menikmati keindahan alam ciptaan ILlaahi.
Juga mengimbau kembali perjalanan awal Rasul dan sahabatnya.
Tiada infrastruktur selesa apalagi kemewahan. Namun tugas dan amanah da'wah d pikul dengan sebaiknya. Desakan, cabaran dan amaran yang menentang seolah tiada nilai d banding ganjaran menanti.
Hingga hidayah ILlaahi menyinari seluruh alam.
Sesekali berekspedisi d tengah padang pasir - meninggalkan hiruk pikuk kosmo Dubai yang membebankan - memberi nafas baru, sambil mengenang perjalanan ummat silam.
Terima kasih buat keluarga Northern Emirates yang menjemput kami ke ekspedisi padang pasir kalian!

Recent Comments