Tak sempat nak update blog. Beberapa perkara perlu d langsaikan dalam seminggu dua ni. Begitu juga menyambut beberapa tetamu yang tiba secara mengejut. Satu event besar bulan ni dah selesai - acara tahunan bolasepak 5 sebelah, anjuran bersama SMG dan myUAE PRO.
Tiga minggu membuat persiapan. Bersama core members, Zack dan Lutfi - keduanya dari Singapura. Memang mudah bekerja dengan mereka berdua. Kami mula buat kerja sukarela organize acara sukan komuniti ini sejak dari acara bolasepak tiga penjuru tahun lalu - ini acara ketiga kami selaku core commitee. Sebelum kami semua pegang jawatan dalam persatuan masing-masing.
Sekadar sukarela. Approach siapa nak sponsor, acara pun jalan. Selalunya acara break even atau kami tampung duit sendiri. Sekadar nak kumpul warga ASEAN, mengikat silaturahim.
Selalunya kami meeting face to face sekali (pembuka) dan sekali (tutup akaun). Perbincangan lain melalui emel atau telefon.
Kali ni tak sangka dapat sambutan luar dugaan. Pasukan yang bertanding sampai 42! Sponsor pulak bertambah. Dari yang memberi dirham, hingga yang memberi barangan (sponsor peralatan bola dan officials, air minuman antaranya).
Dah jadi acara komuniti ASEAN terbesar yang pernah d anjurkan setakat ini!
Dek sambutan hangat, committee bertambah dan kekerapan meeting juga bertambah. Afza, Ambran, Abang Muis, Mushil dan beberapa staff Zack sama memerah idea dan tenaga. Meriah dan tak pening sangat, apalagi acara ni kami jangka boleh cecah 800 orang yang akan hadir (tahun lalu 500 orang hadir).
Seperti biasa, perbelanjaan berhemah. Walau sponsor bertambah, kami tetapkan perlu berjimat dalam belanja. Hadiah utama tetap sama - berupa plaque, cuma d tambah dari juara dan naib juara dan dua kategori utama - kita tambah pemenang hingga tempat ketiga dan tambah liga perdana, liga pertama dan kedua.
Ada lebihan untuk tampung acara mendatang. Dalam keadaan gawat sekarang bukan semua yang nak tampil bagi sokongan.
Sambutan agak memberansangkan. Ada d sebut hingga 1,000 orang hadir, ALhamduliLlaah.
Pasukan Malaysia banyak meraih tempat tiga pasukan teratas. Aku dan anak-anak sempat beraksi juga. Muaz bersama pasukan junior myUAE-PRO, Yaasir dan Ahmad bersama pasukan bawah 12 tahun.
Pasukan Muaz (sebelah) cemerlang, memenangi kumpulan mereka sebelum tewas tipis d tangan lawan dalam peringkat suku akhir. Yaasir dan Ahmad sempat juga beraksi, sebelum Yaasir terpaksa pulang - demam.
Aku? ALhamduliLlaah puas hati juga. Samping jadi penganjur, sempat sumbang 2 gol, menjadikan jumlah gol untuk myUAE sebanyak 7 gol sepanjang menyarung jersi myUAE! Tapi tak sempat jejak ke separuh akhir.
Apa pun, terima kasih pada yang menjayakan. Semuanya punya saham dalam menjayakan dari pejabat Konsul Besar Malaysia (sebelah berkaca mata hitam - dia satu pasukan dengan kami) dan Singapura, SMG dan myUAE-PRO, pasukan yang bertanding, sponsor yang budiman, penyokong dan penonton yang lantang dan barisan sukarelawan (dari jurugambar, pengadil, pengurus pasukan, yang menjaga selia gerai, yang sama membantu membersihkan kawasan sebelum dan selepas acara dan ramai lagi!).
Tak ketinggalan, seperti biasa keluarga yang memberi ruang untuk aku mencurah sedikit tenaga dan masa untuk acara kali ini!
Acara sebesar gini dah pasti ada feedback - pro dan kontra. Jika ada kekurangan, bagi pihak penganjur - 10 jari kami susunkan! Jika ada yang senang, kami bersyukur!
Terima kasih semua! Lapuran ringkas d myUAE Times sini
Koleksi gambar d atas d ambil dari barisan jurugambar kreatif myUAE-PRO. Boleh d lihat koleksi Affandy, Firdaus, Halim, Haziq, Nik, Pak Payne, Redza, Rusdi, Syam, Zoe
Recent Comments