July 13, 2008

JJM: Jalan-jalan cari Masjid'08!

Macam tahun-tahun sebelum ini, musim panas ramailah yang membujang.

Bukan bujang for real, tapi time summer ni famili yang balik ke Malaysia. Dengan cuti sekolah yang panjang dan cuaca yang panas, famili mengambil peluang untuk menikmati cuaca, makanan dan cuti-cuti Malaysia!

Kami yang biasa dengan suara anak dan masakan dan layanan isteri tinggallah kesunyian!

Dalam kesempatan ini selalunya aku isi dengan membaca. Beberapa buah buku sempat d borong d Virgin Mega store (agak hairan, koleksi buku terbaru dan baik banyak d Virgin!).

11072008031 Pak Payne pula membawa idea. Jelajah 7 emiriyah, singgah d masjid. Sambil berkelana setiap Jumaat, d isi dengan solat sunat dan tazkeerah.

Continue reading "JJM: Jalan-jalan cari Masjid'08!" »

July 10, 2008

Panas d Musim Panas!

Summerpanas Panas musim panas tahun ini semakin merimaskan. D tambah dengan kepanasan kenaikan pelbagai kos hidup d UAE - dari sewa rumah, kos pendidikan anak-anak hinggalah bekalan makanan mentah. Sama naik dengan Celcius yang membahang!

Suhu ekonomi dunia pulak tak kurang panas - dengan kejatuhan beberapa bursa saham utama dunia dan mata wang beberapa negara.

Bertambah panas dengan pelbagai retorik dan perang saraf kuasa Teluk (Arab or Persian?). Rejim Tel Aviv dengan perangai samsengnya. Iran pula, seperti pihak yang sedang d buli kuasa besar, mula menunjukkan ia bukan budak hingusan yang mudah d buli.

Namun, mengambil pelbagai PR exercise Hezbollah (ketika menentang rejim Tel Aviv beberapa summer yang lalu - mesti baca sini), Iran up the ante!

Statement General Mir-Faisal Bagherzadeh kalau tak pun menggerunkan pihak lawan, pasti menggamit pelbagai perasaan buat pasukan lawan.

Katanya:

"In implementation of the Geneva Conventions... the necessary measures are being taken to provide for the burial of enemy soldiers," the Mehr news agency quoted General Mir-Faisal Bagherzadeh as saying.

"We have plans to dig 15,000 to 20,000 graves in each of the border provinces or a total of 320,000," the general said, some of them mass graves if necessary.

Bagherzadeh said Iran was keen to "reduce the suffering of the families of the fallen in any attack against our country... and prevent any repetition of the long and bitter experience of the Vietnam War."

320,000 kuburan buat tentera musuh! PR Exercise atau gertak?

Musim panas tahun ini memang panas!

June 28, 2008

Malaysia, Kepingin PM begini? (2)

Dah banyak yang d perkatakan tentang pemerintah Dubai, juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE - Shaikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Rata-rata rakyat dan golongan ekspatriat begitu kasih dan sayang kepada beliau. Bukan sekadar retorik. Tiada flip flop. Tiada macam chipsmore.

Hanya walk the talk.

Buat anak watan, keselesaan d negara sendiri jadi perhatian. Buat ekspatriat, keselesaan sebagai tetamu juga tak dlupai (dari buruh hingga peniaga, hingga timbul kalimat What's good for Business, is good for Dubai atau vice versa!).

Khabarnya, sejurus selepas meninggalnya "Bapa UAE" - bekas Presiden, Shaikh Zayed Al Nahyan, pimpinan UAE berkumpul untuk menentukan siapa bakal teraju UAE. Pihak Abu Dhabi menurut beberapa versi cerita menawarkan kepada Shaikh Mohammad (sebagai wakil Dubai, timbal balik perjanjian ketika mengasaskan UAE awal 70an dulu).

Namun, dia enggan dan meminta anak sulung Al Marhum Shaikh Zayed meneruskan kepimpinan UAE.

Hari ini timbul pula kisah Shaikh Mohammad menghadiahkan (lagi!) kediaman buat anak watan!

Apa pula hadiah PM bermazhab Hadhari untuk rakyat Malaysia? Balik-balik barang naik!

Baca hadiah PM UAE untuk anak watan d bawah.

Catatan awal: Malaysia, Kepingin PM Begini?
PM UAE yang bukan Hadhari
Mesyuarat Kabinet d Padang Pasir
Bila Dubai Mengajar Tok Guru
Shaikh Mohammad (video)

Continue reading "Malaysia, Kepingin PM begini? (2)" »

June 24, 2008

Kejap ada, kejap tak de!

Beberapa hari kebelakangan ini bersama rombongan Saba Media. Kak Saba(riah), suaminya, bang Bakar dan Cheb Ali (juga munsyid antarabangsa, video "Ana Muslim" d bawah) tiba dalam persiapan nak anjurkan International Islamic Fair (IIF) edisi 2008 d Dubai.

IIF 2008 Promotion Video - For more amazing video clips, click here

IIF dalam dua tahun pertama, pada aku sesuai untuk d jadikan suatu business case yang harus d pelajari!

Setahun lalu Kak Saba ada berkongsi pengalaman bagaimana susahnya menganjurkan program 3 dalam 1 IIF. IIF terkandung conference (tentang isu mendesak ummat), exhibition (mengumpulkan syarikat buatan, servis dan apa jua dari dunia Islaam dan bukan Islaam) dan makan malam dengan konsert nasyeed (gala dinner).

Kak Saba memang kita kenal sebagai seorang yang gigih dalam mencapai apa yang dhajatnya.

Beberapa tahun lalu sempat bersama rombongannya, mencari partner untuk memasarkan product Saba d Timur Tengah. Malam sebelum berlepas pulang baru dia teringat nak beli "buah tangan" dari Dubai (tak macam sesetengah rombongan, baru tiba dah sibuk nak cari kain d Naif!).

Continue reading "Kejap ada, kejap tak de!" »

June 21, 2008

Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai!

ALhamduliLlaah, semalam berjalan lancar program anjuran Pejabat Konsul Jeneral d Dubai dan myUAE-PRO. Majlis Hari Keputeraan YDP Agong.

Setelah bersama terlibat menganjur beberapa acara sukan, family day dan program bulanan, acara semalam ada kelainannya serba sedikit.

Mencg Pertamanya ini event bersama dengan Pejabat Konsul Jeneral yang pertama buat myUAE-PRO. Kedua, ini event (sebegini besar saiznya) pertama buat AJK myUAE-PRO. Ketiganya, ini event pertama teman jadi MC d majlis seumpama! (gambar dengan CG, Syed Mohd Hasrin - batik ungu. Cukuplah list tiga ni dulu kot!)

Pelbagai perancangan d buat oleh kedua-dua pihak - pejabat Konsul Jeneral dan myUAE-PRO. Dari mencari venue Majlis (foyer MATRADE bukan tempat asal yang d cadangkan), mengisi aktiviti semasa Majlis, hinggalah nak approach penaja Majlis.

Tiket ALhamduliLlaah, semua berjalan dengan lancar. Terima kasih buat Konsul Jeneral, Syed Mohd Hasrin (dan kakitangan pejabatnya) dan seluruh AJK myUAE-PRO (d bawah pimpinan Pak Payne!). Juga penghargaan buat para penaja (MAS - Pn Merina Tahir, Regional Director pictured sebelah, MPOC, Flexim, Veritas dan Mutiara) dan setiap pihak secara lansung atau tidak yang menjayakan majlis!

Syabas dan mabruk!

Lapuran myUAE-PRO d sini. Catatan Pak Payne sini. Catatan Zuhairi sini

Koleksi gambar Nik d sini

Nota: Majlis juga mendapat lapuran Bernama, cuma ada yang sentuh: kenapa Bernama tak sebut myUAE-PRO?

June 18, 2008

Pulak dah!

Sebelum ni UK, la ni sekutunya a.k.a polis dunia pulak!

Lapuran d petik dari arabian business. Boleh juga lihat d sini dan sini

The United States has warned its citizens about the potential danger of terrorist attacks in the United Arab Emirates just days after Britain upgraded its UAE terrorism threat level to "high".

The US cautioned Americans "that potential exists for terrorists to plan and carry out violent actions in the region, including the UAE", it a posting on the US embassy's website dated Monday.

The posting advised all US citizens to "maintain a high level of personal security awareness at all times, particularly in public places", especially in the run-up to July 4 - the day the United States celebrates its independence from Britain.

The UK on Saturday upgraded in guidance to citizens travelling to or living in the UAE, raising the terrorism threat level from "general" to " high"

Continue reading "Pulak dah!" »

June 13, 2008

100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai!

Pr1 Sessi bersama pimpinan kanan Pakatan Rakyat d Dubai malam tadi melihatkan sambutan hebat d kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pertemuan kira-kira dua jam setengah juga menarik minat beberapa teman Bosnia dan Mesir. Dan mengasyikkan, sessi malam tadi turut d sertai rakyat Malaysia d Riyadh - melalui video call 3G!

Penuh Setakat yang teringat, ini merupakan pertemuaan rakyat dan pemimpin terbesar melibatkan rakyat d sini dan pimpinan Malaysia (selalunya pertemuan dengan pimpinan kerajaan BN bersifat agak formal d hotel). Malam tadi kami bertemu d rumah Fudzail - dan yang hadir terpaksa bayar pula! Kami pakat sedia jamuan rakyat untuk pimpinan Pakatan Rakyat! Walau tiada makanan Free, namun kehadiran  amat memberansangkan!

3pr Ketiga-tiga pimpinan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Husam Musa dan YAB Tan Sri Khalid walaupun tiba pada awal paginya, masih penuh stamina. Walaupun mereka tiba dalam pesawat yang sama, Dsai dan Husam hanya sedar mereka dalam pesawat yang sama sebelum mendarat - masing-masing lena bila tiba d pesawat!.

Ketika menjemput Dato' Husam dan rombongannya, Dsai dan TS Khalid juga bersama. Tak sempat bertemu Dsai, tetapi sempat juga dia menghantar pesanan melalui Blackberrynya setibanya d Dubai.

Dengan hanya notis beberapa hari, perancangan djalankan dengan teratur. Husam terlebih dahulu confirm untuk program bersama rakyat Malaysia d UAE. Setelah dberitahu kehadiran Dsai melalui salah seorang peguam Dsai, kami berusaha mendapatkan kepastian waktu Dsai dan TS Khalid untuk bersama Husam.

Promosi awal d gerakkan. SMS, email dan word of mouth menjadi communication channel pillihan.

Continue reading "100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai!" »

June 12, 2008

Terima Kasih Warga Prihatin!

Pada semua warga prihatin,

Terima panggilan dari Dato' Dr. Haron Din tadi. Dia update kesihatan anaknya, Dr. Huda. She is almost back to her normal, dah recover 85%!

ALhamduliLlaah!

Sempat juga bercakap dgn Dr. Huda dan Dr. Azlin. Kedua2 teramat gembira dan bersyukur.

Dah boleh bangun, duduk atas kerusi dan most of the time tak berbaring.

Pesan Dr. Haron sekeluarga, terima kasih sekali lagi buat kawan2 d Abu Dhabi, Dubai dan d mana jua yang membantu dalam apa jua bentuk. Moga ALlaah membalas dengan balasan yang lebih baik.

Ada juga kisah ini d laman web darul syifa'.

Malam ni: Husam, Dsai & TS Khalid!

Eksklusif Malam ni! Sessi bersama Dato' Husam, Dsai dan TS Khalid Ibrahim. Ketika menyambut D. Husam tadi, Dsai turut ada. Rupa-rupanya mereka satu flight. Husam pula baru tahu pagi tadi mereka satu flight. Keletihan. Lena terus.Husam1
Anwar Khalid
Sempat juga sembang2 perihal watani sewaktu breakfast dengan Husam. Soalan cepumas? Dah tentu peristiwa September dan cakap-cakap bincang-bincang PAS-UMNO!

Ini program yang pasti hit, mengumpulkan pimpinan kanan Pakatan Rakyat - dulu ada sessi bersama Dsai, Ezam, Dr. Hatta dan Dr. Zul few years back pun dah menarik!

Apa pun, malam ni d rumah Fudzail kita berkumpul!

June 09, 2008

Ada Hantu bang!

Malam tadi sebelum ke masjid untuk solat Isya' terima panggilan. Panggilan yang pada awalnya nak d pendekkan menjadi panjang.

"Bang, ada kenal tak sesiapa yang biasa dengan benda-benda halus?", tanya pemanggil.

"Apa hal?", aku bertanya.

"Ada kawan-kawan ni ha...dia orang nampak benda yang patut tak nampak", tambahnya.

"Apa dia bendanya", aku nak dapat kepastian. Dia tak mahu bercerita dengan detail. Sekadar sebut benda yang patutnya tak nampak.

Katanya 3 orang yang nampak dalam rumah mereka. Masing-masing masih terperanjat. Ada yang lemah semangat, masih merah matanya.

"Apa yang kamu dah buat?", aku bertanya.

Continue reading "Ada Hantu bang!" »