Pesawat kami meluncur seperi yang d jadualkan. Selain kami sekeluarga, ada juga beberapa keluarga yang akan bersama kami ke Haramain - berdasarkan pemakaian uniform 'umrah. Cuma rombongan kami sekeluarga sahaja yang agak ramai dengan "batalion" kecil.
Perjalanan dengan pesawat Nas Air yang memakan masa lebih kurang 3 jam dari Sharjah ke Jeddah, kami ambil peluang berehat secukupnya. Anak-anak nyenyak d buai mimpi.
Ini juga masa yang sesuai buat first timers mengulangkaji kaifiat (cara) menyempurnakan ibadah 'umrah.
45 minit sebelum tiba d meeqat, kami d kejutkan dengan announcement, memberitahu mereka yang bertujuan untuk mengerjakan 'umrah untuk bersiap. Tiba saat melintasi meeqat, satu lagi announcement d buat - untuk melafazkan niat 'umrah. Puas juga mengejutkan anak-anak yang nyenyak tidur!
Namun, atas azam dan iltizam mereka, bangun juga untuk melafazkan niat.
Tiba d Jeddah
Kami penumpang akhir yang turun dari pesawat. Apa tidaknya, kain ihram anak-anak perlukan perhatian. Ada yang dah nak terbuka. Takut aksi wardrobe malfunction berlaku ketika menuruni tangga dari pesawat.
Kami menuju ke kaunter imigresen. Nostalgia. Mengingatkan kali pertama tiba sewaktu datang mengerjakan Haji dulu (gambar: Yaasir dan Ahmad, selepas d betulkan kain ihraam mereka d tempat menunggu kaunter imigresen).
Tidak seramai ketika musim Haji, tapi dek tiada kawalan dan cara berbaris yang agak sistematik menjadikan sedikit kucar kacir. Borang memasuki Saudi dengan tujuan 'umrah d isi lengkap.
Pelbagai ragam dan fe'el manusia d sepanjang berbelas barisan imigresen. Yang potong "Q" memang ramai. Ramai juga yang kelihatan hilang sabar dengan karenah sipemotong "Q" ni.
D tambah dengan gelagat pak arab yang menjaga kaunter imigresen. Agak kasar, tapi masih boleh d tolerate.
Inilah yang d katakan banyak sabar ketika menuju Tanah Haraam. Ujian bermula d kawasan imigresen barangkali.
Kami hanya memerhati. Sambil melayan anak-anak yang masih "antara lena dan sedar".
Dalam masa menunggu, wakil hamlah d UAE menalifon kami. Terasa lega, dah ada yang menanti ketibaan kami d luar sana.
ALhamduliLlaah, kami pun tak berdiri agak lama. Menuju pula ke tempat mengambil bagasi.
Kami terperanjat. Seolah mendapat alamat perjalanan kami ini akan dpermudahkan.

Recent Comments