Lembah Jaya, AMPANG
Dewan Dato' Ahmad Razali menyaksikan ratusan Ahli
UMNO terutamanya AJK Wanita Bahagian Ampang berdemonstrasi membantah
penolakan bekas ahli Parlimen Ampang Rozaidah Talib sebagai calon
parlimen.
Keputusan Bahagian Ampang mencalonkan Azman Wahid iaitu
menantu ketua bahagian iaitu Dato' Mufti Syuib (kroni) menimbulkan
kemarahan ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan prestasi Azman
semasa menjadi calon di Bukit Antarabangsa. Ahli UMNO terutamanya AJK
Wanita Bahagian merasakan terdapat konspirasi antara ketua bahagian dan
Timbalan ketua Bahagian Dato' Ismail Kijo untuk menyingkirkan Rozaidah
sebagai calon.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan Azman
sebagai calon parlimen dan Haslinda Zerain ketua Puteri Ampang sebagai
calon DUN Bukit Antarabangsa mereka menbuat protes
dan mengancam untuk
menggagalkan jentera Barisan Nasional. Dalam masa yang sama mereka
telah menghantar empat buah bas ke Putra Jaya untuk menghantar
memorandam kepada Pak Lah.
Jika dalam pemilihan calon UMNO terdapat kekecohan, sebaliknya calon PAS sdra Khasim bin Abdul Aziz mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari segenap lapisan masyarakat. Bahkan ada ahli jawatankuasa UMNO yang memberikan jaminan untuk membantu calon PAS untuk mengalahkan Dato' Ismail Kijo.

Comments