Kejayaan besar Apple dalam memperkenalkan produk baru memang tak boleh dinafikan. iMac. MacMini. Powerbook. iPod. iTunes. iLife. Kini Mac Book (dan MacBook Pro). Barangannya mudah diguna. Simple. Chic. Anggun. Yang memilikinya juga punya sifat yang agak berbeza dengan yang lain - sesuai dengan tagline Apple, Think Different. Mereka bangga dengan kelainan mereka (atau keunikan mereka).
Yang menarik perhatianku bukan sekadar produknya. Tetapi cara mereka mengeluarkan produk (proses awal) dan cara mereka menguar-uarkan pada dunia produk mereka cool dan harus dimiliki.
Mereka paham jiwa dan citarasa pelanggan atau target market mereka - BELIA yang ramai
melabelkan sebagai generasi iPod atau generasi MTV. Kalaupun pelanggan tidak kepingin pada sesuatu, Apple berjaya create demand pada produk baru mereka yang mengisi ruang baru (siapa pernah terfikir untuk membawa alat musik/video ala iPod ke sana ke mari 10-15 tahun dulu!).
Masa dan $ dilaburkan pada penyelidikan rapi - menjadi trademark Apple mereka akan dibahagi kepada kumpulan yang sering bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan produk yang terbaik. Deadline yang tak masuk akal bukan lagi satu masalah, ianya satu cabaran!
Cara mereka mempromosikan produk mereka meletakkan gergasi dunia PC, Microsoft sebagai ikon yang tak cool. Brand ambassador mereka (official dan yang tidak) jelas tergolong dalam salah seorang dari target mereka (one of them). Bono dan U2. Selebriti seperti Will Smith dan Madonna pengguna iPod.
Tak ketinggalan Presiden Amerika, Bush walaupun dia tak lah tergolong dalam generasi X!
Terbaru ialah gabungan iPod dan Nike. Pasti menjadi hit!
iPod sudah ke arus perdana. Bukan sekadar mendengar dendangan rapper atau r&b. Malah dah menjadi alat untuk mengajar di Universiti (bila pula nak ada laman khusus muat turun iPod untuk pengajian, syarahan, forum atau pun nasyeed?). Malah iPod dah menjadi part of daily life (satu kajian baru-baru ini melapurkan pelajar universiti lebih suka "beriPod" dari beer)
Kini, kejayaan Apple sebagai Raja Marketing dijadikan sebagai kajian. Kejayaan telefon selular Razr
Motorola juga ada yang berpendapat hasil dari pelajaran yang dipelajari dari Apple - memahami citarasa pengguna dan banyak lagi (kini Motorola memperagakan produk terbaru mereka, Q).
Sebab itu, baru-baru ni dalam Muktamar Tahunan PAS, bila
Tok Guru Nik Aziz masih menyatakan Mawi harus dipimpin untuk membawa sama muda-mudi kearus yang lebih sihat, ada yang menyatakan Tok Guru Nik Aziz memang seorang yang punya pendirian "Think Different" (tak kurang juga yang memandang sinis dan kritikal).
Untuk berjaya, pahami citarasa target group. Tak kurang penting, keluar dari kekotak pemikiran sempit. Berani untuk berbeza dengan majoriti - dalam pemikiran dan amalan (seharusnya tidak menyimpang dari Shariah dan peradaban).
Think Different!
Comments