Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia semakin disempitkan pengertian dan amalannya.
Yang mana sepatutnya dijadikan tak patut. Yang tak patut, jadi patut. Sepatutnya Islam menjadi dustur dan nizamul hayah - perlembagaan dan sistem hidup, ianya jadi tak patut. Tak sepatutnya Islam sekadar NATWINTI (acara suNAT, kaWIn, maTI) tapi itu yang patutnya!
Persoalan pokok menjadi dahan. Yang dahan apa lagi, dah jadi baja!
Statement terbaru Ybhg Mufti Perak, Dato Hj. Harussani Zakaria menjadi kontreversi. Beliau memang kebelakangan ini berani bersuara, termasuk pandanganya berkenaan hiburan melampau.
Kali ini berkenaan acara tahunan Kongsi Raya. Beliau berkata konsep Kongsi Raya boleh mencacatkan Aqeedah. Bercampur acara agama. Dari segi syarak memang ianya menjadi tegahan kerana ianya seolah meletakkan Islam sebaris dengan agama lain. Islam sebagai Ad-deen punya kedudukan tersendiri - Al Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Ianya persoalan aqeedah, bukan diambil mudah!
Statement yang memang dijangka menjadi "bom jangka". Bagi pihak yang menerima konsep kesamarataan dan liberalisma (baca: Islam Amerika), apa salahnya berkongsi Raya - orang memberi kita merasa; sharing is caring.
Maka berkatalah Pak-pak Menteri dalam media.
Ketua Budaya Dr. Rais Yatim berkata: "You cannot simply say it is wrong and not in accordance with the religious tenets and not substantiate your claims.” Seolah-olah Mufti cakap sembrono, tak de back-up!
Katanya lagi Kongsi Raya sebahagian dari pembinaan Bangsa Malaysia (kutip idea DAP ke?). Seorang lagi Pak Menteri (baca: Badut), Nazri Aziz pula bermadah: "They (the ulamas) are wrong. We also have our advisers on Islam.”
Islam Had-hari.
Mengambil Islam bila boleh untung. Zakat bila boleh kutip jutaan. Halal Hub bila ada commercial value. Bab lain boleh tunggu dulu. Kan Saidina Umar pernah menangguhkan Hukum Had di masa pemerintahannya. Memang benar, tapi sebab musababnya Umar menangguhkan Had, tak pernah dirungkai dengan penuh detail!
Kata seorang teman yang transit di Dubai baru-baru ini. Mufti Perak bakal menerima nasib Mufti Selangor dulu (Ybhg. Dato Ishak Baharum).
Nak senang jadilah macam Mufti Johor. Tak melawan arus perdana!
Akhirnya ummat keliru! Halalnya idak, haramnya idak. Yang jadinya "HALAM" - hukum dua alam, hentam sajalah Labu!
Bagi mama hanya satu yang paling mustahak bagi menangani HARAM HALAL dalam diri kita.Didik anak-anak sebaik mungkin..tanam dalam hati mereka yang benar,yang zahir dan yang batin.Bentukkan mereka dengan kecantikan ISLAM yang sebenar.Benihkan dalam hati mereka bahawa BIAR KITA BERANI KERANA BENAR tapi biar lah berani berlandaskan keikhlasan hati kita kepada DIA menjadikan kita dan DIA yang maha mengasih dan maha penyayang.
Posted by: mama | July 28, 2007 at 07:08 AM