Lapuran Orang Kaya Arab (OKA) baru-baru ini menarik minat banyak pihak. Dalam negara seperti UAE yang tiada kutipan cukai, OKA UAE seharusnya menjadikan priority kepada institusi zakat sebagai mekanisma membantu masyarakat setempat (meringankan beban negara dalam pembinaan sistem sosial/masyarakat yang sepadu).
Emirates Today melapurkan semalam bagaimana seorang pegawai Beit Al Khair,
organisasi
kemanusiaan berkata, zakat 12 billionaire UAE setahun sahaja (jika dibayar) mampu meringankan beban negara untuk menyara fakir miskin di UAE. Ya, zakat 12 billionaire (jika dibayar hanya untuk setahun) boleh menampung seluruh fakir miskin di UAE. Menampung bukan untuk setahun. Bukan dua tahun. Tapi untuk 20 tahun!
Skali lagi: zakat setahun 12 billionaire UAE (jika dibayar) boleh menampung fakir miskin (berjumlah 30,000 keluarga) untuk period 20 tahun!
Menanti kedatangan semula zaman Khalifa Harun Al Rasyid, zaman tiada lagi fakir yang memerlukan zakat!
Comments