Hari ini dalam perjalanan ke pejabat, rancangan Business Breakfast (BB) menyiarkan berita Changi Airport berjaya dalam bid mereka untuk manage airport Abu Dhabi. Lapuran itu dpetik berkata ini merupakan suatu kejayaan syarikat Asia (sebelum ini hanya syarikat Eropah/Barat yang "mampu" mentadbir/manage airport!).
Berita sampingan bagaimana indah dan effisiennya airport Changi dtadbir meneruskan lapuran BB itu.
Kejayaan ini pada aku bukan sahaja pada track record Changi mahupun organisasi Singapore lain. Ianya lebih dari itu. Kunjungan Lee Kuan Yew (LKY) kebelakangan ini d rantau negara Arab Teluk (UAE dan Qatar khususnya) semakin membuahkan hasil.
Seorang teman dari negara singa, pernah menyatakan LKY selalunya keluar negara maksima 3 hari. Kata teman ini lagi, LKY camped selama 10 hari d Qatar dalam lawatannya beberapa bulan lalu. Sesuatu yang luar biasa bagi LKY!
Tapi tak luar biasa bagi keinginan untuk berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak beribu dalih! Bagi Singapore, mereka mungkin terlepas peluang untuk sama mengaut keuntungan dari "lubuk emas" (projek mega) Dubai. Tapi belum terlambat untuk bersama mengaut laba dari projek mega Abu Dhabi dan Doha!
Bagaimanapula Malaysia? Masih BOLEHkah? Atau tak bolehLAH?
Comments