Percaturan politik Timur Tengah bukan sekadar perbincangan meja bulat. Percaturan aturan Barat dan pencacai mereka merangkumi grand design yang meliputi segenap lapis media/acara/peristiwa/alat yang boleh kita imaginasikan!
Tak dapat cara perang fizikal, guna pula perang saraf. Tak dapat melalui musuh ketat, dguna pula ejen dari pihak lawan. Guna juga badan dunia.
Inilah yang berlaku dalam kes konflik Timur Tengah, melibatkan negara ummat. Dari Palestin, Syria, Lebanon, Iran, Iraq, negara Teluk Arab/Parsi, hinggalah ke benua jiran Afrika.
Yang menjadi isu utama (seperti yang dgambarkan pelbagai pihak) ialah Palestin dan rejim haraam Tel Aviv.
Kalau boleh damai konflik ini, maka damailah Timur Tengah.
"Damai" yang d definasikan dengan satu negara buat Palestin; dan satu negara sah buat rejim haraam Tel Aviv, yang d iktiraf sekelian negara ummat! Khalas!
Maka pelbagai usaha "damai" dcanang, dcanai dan d usahakan. Pelbagai pihak bertungkus lumus. Tak kira Barat mahupun Timur. Selatan dan Utara.
Usaha supaya negara rejim haraam Tel Aviv jadi realiti d buat penuh strategi. Direct dan indirect, termasuk yang bersifat subtle (tanpa dsedari). Mainan dan kempen media dan alat pengubah/penentu opini menjadi fokus.
Yang terbaru? Permainan komputer yang objektifnya mendamaikan Palestin-rejim haraam Tel Aviv. Anda boleh jadi Presiden Palestin atau PM rejim haraam Tel Aviv.
Nama game? PeaceMaker!
Sekali tengok cantik. Dua kali tengok, macam ada subtle mesej!
Apa tidaknya, melihatkan hanya dua faktor dalam cara permainan PeaceMaker (mungkin ada yang berkata kenapa perlu bising-bising, it's only a game!):
- Antara dua orang yang menjadi designer game ni ialah Asi Burak - bekas pegawai inteligensia rejim haraam Tel Aviv!
- Jika anda Presiden Palestin, anda akan mendapat markah maksima dengan mempromosi kedamaian melalui penubuhan dua negara - Palestin dan rejim haraam Tel Aviv! Apalagi rewardnya? Anda boleh memenangi Noble Peace Prize, jika "damai" dcapai semasa anda masih dalam office!
Target audience game ini? Sudah tentu remaja dan orang muda (yang bakal menjadi - setidaknya part of - policy maker!). Dengan mesej anda boleh menjadi pendamai konflik Palestin-Rejim haraam Tel Aviv, sedikit demi sedikit perang saraf ini boleh membentuk/mengubah opini umum tentang konflik ini!
Artikel asal PeaceMaker d sini
Comments