Beberapa hari kebelakangan ini agak terisi. Bersama adik-adik yang nak ke Afrika Selatan dan kawan-kawan setempat. Dari Iranian Hospital (menyiapkan medical report adik-adik d atas) ke beberapa program lain, termasuk iftar d rumah kawan dan rumah sendiri.
Macam-macam cubaan yang d tempuh Maulana dan Harun, dua adik yang nak melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan.
Setelah tempuh gelagat Iranian Hospital, semalam gelagat pejabat Konsulat Afrika Selatan pulak menguji kesabaran. Setelah borang permohonan visa d lengkapkan, macam-macam lagi permintaan dari pejabat Konsulat!
Pertamanya, kenapa mohon d Dubai. Kalian perlu mohon d Saudi, kata wanita d kaunter visa. Ke Dubai atas nasihat kedutaan Malaysia d Yaman. Rakyat Malaysia tak perlu visa untuk masuk ke Dubai. Ke Saudi perlu visa dan mengambil waktu - d kala manusia membanjiri Saudi, mencari Laylatul Qadr dalam mengerjakan 'umrah.
OK, kalian apply sini. Tapi kami hantar Kedutaan kami d Saudi untuk proses! Masya ALlaah, maknanya makan waktu yang panjang. Ber 'eidulfitrilah Maulana dan Harun d Dubai!
Kedua mereka masih tinggal d masjid airport Dubai. Walau d tawar tempat tinggal yang agak selesa, mereka insist nak mengambil barakah iktikaf sempena Ramadhan. Layanan Imam Khalid dan jemaah d masjid memang menjadikan mereka selesa, walau berehat d ruang solat masjid.
"Satu lagi", kata wanita d pejabat visa Konsulat Afrika Selatan. Lagak hidung tinggi. "Perlu surat kebenaran dari ibubapa". "Aik, bukankah surat kebenaran hanya perlu bagi yang berumur bawah 18 tahun?".
"Selagi pelajar, u kena sediakan surat ibubapa. Bawa juga copy paspot ibubapa kamu".
Pening. Bukan semua orang Malaysia ada paspot. Bukan semua ke luar negara. Bukan semua mampu nak buat pelaburan dokumen perjalanan. Apatah lagi sekadar nak buat copy!
"Kalau tak de macamana?".
"Mustahil tak de!", jerkah wanita tu. Naik bosan tengok gelagatnya.
"Tak semua Malaysians travel ke luar negara", kata Hasnoal. Hasnoal semalam menawar diri membantu Maulana dan Harun ke Konsulat Afrika Selatan.
"Bawa saja copy ID bergambar lain!".
Inilah senario berurusan dengan pejabat gomen d sini. Bukan semua, tapi kebanyakkannya seolah-olah tak mengalu-alukan kedatang tetamu ke negara mereka.
Pernah juga aku alami pengalaman yang sama ketika nak ke Oman awal tahun 1999. Urusan d buat syarikat. Oleh orang Arab tempatan (bagi pihak syarikat aku). Namun layanan pejabat Konsulat Oman sama saja dengan yang d alami d Konsulat Afrika Selatan.
Apartheid tak mengenal kulit! Globalisasi, tanpa sempadan!
Dan satu lagi, peraturan d sini boleh saja d tukar ganti atau d "tafsir" ikut mood pegawai hari itu!
Benar sungguh kata seorang teman ketika mula menjejaki kaki ke Dubai awal 1999 dulu.
Katanya,"d sini hang akan belajar apa erti kesabaran!".
Comments