UPDATED VERSION Gambar Berlin d sini Waktu dah 5 petang. Temu janji dengan En. Hanif Omar, Minister Counsellor d Pejabat Kedutaan Malaysia (Berlin) dah pasti. Turun saja dari stesen keretapi Zoo (ya, Zoo Berlin terletak d tengah Bandar, mengingatkan keadaan zoo Dubai!), aku hubungi En, Hanif.
“Jalan sekitar 5 – 10 minit, akan jumpa Hotel InterCon, kita jumpa d sana”, katanya.
Loghat Kelantan. Memang tak sangka beliau menjemput aku ke rumahnya untuk berbuka puasa.
“Jemput juga kawan-kawan Arab yang datang sekali dengan u”, pesannya lagi.
Ketiga-tiga mereka tak ikut sama. Dah ada program nak bersiar-siar d Berlin.
En. Hanif menjemput juga dua pasang suami isteri. Satu pasang pelajar Malaysia d U d sini, manakala sepasang lagi suaminya Jerman isterinya dari Malaysia.
Jauh juga menapak dari Stesen Zoo ke Hotel InterCon. Sekitar 10 minit bertemu En. Hanif.
Kami menuju ke bangunan apartmennya.
Unik!
Pejabat-Rumah d Kedutaan
Apartmennya dalam bangunan kedutaan! Selangkah keluar dari pintu apartmen, masuk ke pejabat!
“Wah, kalau macam ni, susah juga nak mintak “MC”. Dato’ duta boleh saja ziarah kalau En. Hanif “sakit” MC”, kataku.
Keluarga En. Hanif benar-benar membuatku terasa d rumah sendiri! Isterinya yang berasal dari Terengganu dan anak tunggal mereka yang berusia 17 tahun sama menyambut ketibaanku.
“Kesian, dah beberapa hari tak makan nasi masakan Malaysia”, kata isterinya.
Memang beberapa hari kebelakangan ini menu iftar ku sekadar buah-buah dan kek d hotel Estral, tempat conference kami. Menu lain “suspect” nak d jamah – acara reception harian tajaan syarikat d conference.
On the way balik ke hotel menginap baru merasa makanan berat – doner kebab (kebab Turki). Hari-hari kedai yang sama, hinggakan empunya kedai mengenaliku dan offer makanan percuma.
“Akhi, please take, no pay”, katanya. Segan jugak. Takkan tiap-tiap hari makan Free!
Sempat ketemu beberapa brother Arab dan Turki, sembang keadaan hidup d Berlin. Ada yang punya kedai, ada yang menjadi pemandu teksi.
En. Hanif dah dua tahun berkhidmat d Berlin. Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Raut wajah mengingatkanku pada bos lama aku, En. Ruzlan.
Peramah. Mudah mesra. Membuatku tak kekok d rumahnya.
Nasi Tomato, Pengat Pisang!
Menu hari ini hebat! Tajaan En Hanif sekeluarga. Lebih manis d bangunan kedutaan!
Nasi tomato, kurma daging, ayam berlada, acar timun, sayur kobis, mee hun gorang dan pizza yang d sediakan tuan rumah. Tak ketinggalan pengat pisang!
ALhamduliLlaah, rezeqi dperantauan!
Pikirku jika kesemua pegawai kedutaan Malaysia begini, kemana jua rakyat Malaysia tuju pasti ada “home” buat mereka.
Bertemu Dr. Rehse, isteri dan dua orang anak kecil mereka. Juga pasangan pelajar Malaysia, Sharul dan isterinya, Sakinah.
Dr. Rehse, seorang peguam hartanah menurut Sharul lain dari Jerman lain. Mudah rapat dan peramah.
Umumnya orang Jerman agak dingin dengan orang luar. Mungkin kerna “tembok pemisah” wujud – berlainan bahasa dan budaya. Tapi “tembok pemisah” ini mampu d runtuhkan, seperti runtuhnya Tembok Berlin!
Pelajaran Percuma
Sembang kami d meja iftar mesra - walau aku baru mereka temui beberapa jam yang lalu!
Dari persiapan ‘Eidulfitri (ya, Jerman khabarnya akan berhari raya Jumaat, Oktober 12) sampailah susahnya nak cari fast food halal!
D Berlin punya 2 kedai fried chicken halal – hingga ada pelajar Malaysia yang dating beratus batu nak merasa ayam ala KFC!
MasyaALlaah, ini semua perancangan ALlaah. Pertemuan dengan En. Hanif d rancang teman yang pernah berkhidmat d Dubai, Raja Badrul. Raja Badrul kini berkhidmat d Cologne, 4-5 jam perjalanan dari Berlin.
Yang menarik perhatianku ialah system pendidikan Jerman. Pendidikan d peringkat Universiti percuma!
Ya, percuma!
Sharul yang melanjutkan pelajarannya d peringkat Masters tidak d kenakan sebarang yuran – percuma (isterinya, Sakinah tajaan JPA).
Dah bertahun begini, kata Sharul. Alangkah baiknya system ini d gunapakai d Malaysia. Galakan bagi yang nak melanjutkan pelajaran.
“Tapi tahun depan mereka dah mula kenakan yuran. Itupun sekadar token”, kata Sharul. Sekitar Euro500!
Wah, belajar d Berlin secara percuma. Cuma sediakan perbelanjaan harian (tempat tinggal, makan minum dan pada yang berkeluarga persekolahan anak-anak). Hingga peringkat PhD!
Berlin yang Tenang
Pendidikan percuma! Berulang-ulang kalimat ni bermain dalam kepalaku.
Dengan keadaan Berlin yang agak laid-back (mengingatkan kembali Dubai awal 90an dulu ketka mula-mula sampai) dan safe environment menarik minatku. Apalagi, tiada cuaca sepanas 50 Celcius!
Apa mungkin Berlin destinasi perantauku selepas Dubai?
Selesai iftar, kami meneruskan perjalanan masing-masing. Shahrum dan isterinya menemankan ku hingga ke stesen tren Zoo.
Berbual kehidupan d Berlin dan Dubai. Mereka berdua seolah tertarik dengan Dubai. Aku pulak tertarik dengan Berlin!
Apa mungkin tertarik dengan kehidupan d Berlin.
Atau tertarik adanya nasi tomato d Berlin!
Terima kasih En. Hanif sekeluarga, Dr. Rehse sekeluarga dan Sharul dan Sakinah! Pengalaman dperantauan kali ini amat berharga!
Assalamu'alaikum Abg Hasnol.
Been following your blog for the last few weeks. Baru jumpa yang typepad ni..
Banyak jugak travel ek? Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pemandangan kan.
Anyway, just nak wish Selamat Hari Raya to u, kak ani and the children.
jenie
Posted by: Jenie | October 11, 2007 at 01:05 PM
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian abg Hasnol jalan2 dgn saya dan isteri. Gembira bila dengar menganai pengalaman abg di perantauan dr USA hinggalah ke Dubai.Juga suka dengar mengenai keluarga dan anak2 abg Hasnol.Apa2 pun insyaAllah kalo saya ke Dubai saya akan call abg boleh kita makan nasi Arab pulak.Saya dan isteri ingin ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada abg sekeluarga.
Posted by: Mohd Shahrul Mohd Nadzir | October 12, 2007 at 10:49 AM
'Alaykumusalaam Jenie!
TQ for visiting dperantauan.com How's'Eidulfitri d malaysia tahun ni? Salaam to family!
Shahrul & Sakinah: Thank you for the kind hospitality. Jemput pula ke Dubai!
Posted by: dperantauan | October 17, 2007 at 08:27 AM
Salam Saudara Hasnol,
Saya dan keluarga baru sebulan lbh kembali bertugas semula di Malaysia. Hari ini baru terbaca blog saudara mengenai kunjungan ke Berlin tiga tahun lps. Menatap rakaman gambar di kediaman kami di Berlin bersama rakan-rakan karib seolah2 mengamit kami untuk kembali kekota indah yg belum lama kami tinggalkan.
Selain mengumpul banyak kawan akrab yang masih lagi berhubungan dan bertukar pengalaman lalu yang penting juga ialah pengalaman berharga yg kami timba selama hampir lima tahun di negara yg banyak mencipta sejarah.
Sejarah Jerman masih muda, baru 21 tahun runtuhnya tembok Berlin di mana pada celah-celah puingnya seolah-olah kita mengalami sendiri pertembungan dua ideologi silam yang kini sudah lenyap relevansinya.
Posted by: Haniff | June 11, 2010 at 12:34 PM