Semalam sempat bersembang panjang dengan teman lama. Lama sudah tak ketemu. Berbangsa Amerika dan giat menjalankan aktiviti da'wah. Sejak usia remaja, memang beliau aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Topik perbualan kami menjangkau darihal isu semasa yang melanda Dubai hinggalah percaturan politik dunia. Dah tentu Amerika dan Malaysia menjadi topik panjang. Apalagi beliau ingin mendengar perjalanan program bersama mantan TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Teman ini pernah menjejak kaki ke Malaysia beberapa tahun lalu. Sememangnya punya watak yang agak menarik. Kritikal. Tapi sesuatu pandangan kritis pasti ada alternatif.
Walau banyak perkara yang kami sembang tak mungkin d catat kesemuanya, namun beberapa observations membuat aku termenung selepas kami melangkah berlainan arah.
Masih ingat kata-katanya,"Bro, i am an American. I was born and raised in America. I know how those people think. I know how they plan things. These are my people, man. You don't be friend them and one day, just say goodbye. You don't walk away from them. When you be friend them, there's something that they want from you".
Harapan Baru..
Perbualan kami semakin rancak bila berbicara perihal Barack Obama. Calun Presiden Demokrat yang penuh tenaga dan dinamik. Perbincangan politik Amerika padaku penting. Memahami kemana halatuju dasar dan polisi. Amerika kan polis dunia. Apa dasar masa kini berterusan, atau sudah ada yang berani membuat perubahan.
Umpama bincang politik Malaysia, pemilihan UMNO pasti jadi perhatian ramai.
"Beliau harapan baru?", aku bertanya teman yang dah menjangkau separuh abad.
"Harapan untuk siapa?", tanyanya.
"Demokrat, Amerika..mungkin juga ummat", aku cuba menjawab.
"Man, don't kid yourself", beliau mula menggerakkan hujah.
Perbualan kami turut menyentuh seorang lagi teman kami. Seorang strategis kanan anak syarikat Dubai. Juga seorang American Muslim. Ayahnya hebat berkempen untuk Obama. Kebetulan aku jumpa 2 minggu lalu dengan seorang lagi yang baru tiba dari Amerika. Juga dari kem Obama. Rata-rata mereka muda, berkelayakan dan punya visi dan misi yang hampir sama, CHANGE!
Memang tak dapat d nafi, kebanyakkan Presiden Amerika datang dari dua universiti ternama (Ivy League) - Harvard dan Yale. Dan bukan lagi rahsia, setiap Presiden Amerika pasti akan ada cerita keahlian dalam persatuan rahsia yang menentukan siapa d kerusi mana.
Segalanya ada yang tersurat dan tersirat. Kami amat menilai pandangan Sheikh Ali Tamimi.
Obama d Pihak Mana
Temanku bercerita penuh semangat. Obama memang topik yang menarik. Ibunya pernah mengahwini dua orang lelaki Muslim - seorang berbangsa Kenya, seorang lagi dari Indonesia.
Teman ku terus menambah, "Kalau Presiden terdahulu punya pact dengan organisasi rahsia, apa mungkin Obama tiada pact? Apalagi beliau berkulit hitam - mungkin banyak lagi pact yang harus termeterai".
Perjanjian termeterai dengan harga yang mahal. Silap percaturan, "malang" bisa mengundang. It could look like an accident, atau menjadi mangsa "orang gila".
Masih ingat peristiwa John F. Kennedy? Masih ingat peristiwa Martin Luther King? Beliau bertanya.
Obamania jika tidak d kawal oleh pihak yang punya kepentingan pasti akan membahayakan.
Ramai punya kepentingan. Bukan kepentingan mereka untuk membawa balik tentera d perbatasan Iraq. Banyak keuntungan d kaut, walau ribuan nyawa GI harus d pertaruh.
Jika Obama d biar tanpa kawalan, percaya diri beliau akan memberi keyakinan diri untuk membuat apa jua keputusan tanpa merujuk pada mereka yang berkepentingan (d belakang tabir).
D sinilah bermula pelbagai teori.
Obama Tiada Pilihan?
"Siapa pula calun Naib Presiden pilihan Obama", aku cuba mendapat kepastian.
"Kalau ikutkan Obama, rasanya beliau pasti menolak Hillary,"ujar temanku.
"Hillary ikon "orang dan cara lama", beliau menambah.
"Namun politik Amerika bukan atas pilihan sendiri. Mafia d belakang tabir menarik tali", beliau semakin serius.
Mungkin Hillary d pilih paksa buat running mate Obama, beliau membuat konklusi.
Republikan Terus Berkuasa?
Tapi perjalanan ke Rumah Putih tak semudah yang d sangka.
Kenapa pula, aku bertanya.
Jika kuasa d belakang tabir melihat signal dari Obama agak berlawanan dari apa yang mereka mahu, sudah pasti rencana lain d pasang.
Tak mustahil Republican akan terus berkuasa.
Memaut pada kekuasaan, apa saja bisa d atur. Hatta berkawan dengan setan!
Jangan pula terperanjat jika ada "peristiwa besar" berlaku sebelum pemilihan Presiden berlaku. Buat Amerika, segalanya mungkin (masih ingat filem lakunan Robert de Niro dan Dustin Hoffman, Wag the Dog?).
Maka menjeritlah media, Amerika perlu Presiden yang berpengalaman, bukan yang setahun jagung. Amerika perlu Presiden yang gagah, terbukti d medan perang - bukan hanya pandai berstrategi. Semua ini d jaja untuk membawa Amerika keluar dari cabaran/ancaman lakunan.
Lihat saja ura-ura Gordan Brown ingin membawa pulang tentera British dari Iraq. Apa pula kata Bush kaki tipu. Apa, senang saja keluar dari lubuk emas d rantau Asia Barat?
Beralih ke Malaysia
Perbualan rancak tersentak bila kami serentak menerima panggilan.
Selesai panggilan, politik Malaysia menjadi bualan.
Temanku memberi observation yang agak dalam. Politik Malaysia katanya berkait rapat dengan perjalanan ummat d rantau Asean. Kehadiran jutaan anak muda linkungan belasan tahun (populasi Asean, Indonesia saja dah ratusan juta) sudah tentu memberi kesan kepada kuasa dunia. Paling tidak "duta" kuasa dunia d rantau Asean.
Malaysia memimpin rantau Asean. Mengikut telunjuk atau sebalik.
Siapa harapan ummat terbanyak d rantau kamu, tanya temanku. Apakah harapan ini bakal terlaksana. Apa pula realitinya, d sebalik rantaian peristiwa yang berlaku (dan bakal berlaku - hasil skrip yang tersurat).
Jika populasi muda d garap dan d kumpul oleh seorang pemimpin sedinamik Obama, apa pula kesannya?
"Ada pihak pasti gelabah", sambung temanku.
Sudah tentu perancangan rapi buat rantau Asean juga dalam pantauan kuasa balik tabir.
Umpama mencurah air pada api yang baru mengenal bara.
Harapan dan Realiti: Apa Saham ku?
Perbualan kami terhenti. Masing-masing perlu ke destinasi tersendiri. Aku faham mesej yang nak dberi.
Beliau memberi kata akhir, "segalanya harus berperancangan. tiada apa yang berjalan dengan sendiri. hatta hijrahnya Nabi, rancangan rapi dan halus Baginda gariskan. cuma kita yang gagal memahami perjalanan politik dunia".
Obama, Malaysia dan dunia. Perjalanan d catur hebat. Apakah kita sekadar pelakun tambahan atau boleh bersama menukar skrip perjalanan hidup?
Catatan awal:
Konflik Timur Tengah: Yang Tersurat dan Tersirat!
Salam bang hasnol,
Saya tertarik membaca ulasan tuan. kadang2 dapat bertukar2 fikiran dengan sahabat2 dari luar ruang lingkup kita dapat juga memberi perspektif lain tentang sesuatu issue yang kita faham.
Menarik, keep on writing...
saya juga mempercayai...sesiapa saja yang menjadi president US, tidak akan terlepas menjadi penentu hala tuju agama islam dunia secara umum.
Ringkasnya...jika seluruh umat islam di dunia menghayati islam sepertimana yang sepatutnya...nescaya Allah akan meletakkan orang yang terbaik juga untuk menjadi polis dunia...insyaAllah.
Posted by: zba d dubai | June 22, 2008 at 12:51 PM
tuan zba: yup percaturan d amerika membawa kesan buat seluruh dunia. ini yang harus d fahami ummat. percaturan amerika juga mencatur perjalanan ummat. bagaimana ummat bertindak - reaktif atau proaktif, itu persoalannya
Posted by: dperantauan | June 23, 2008 at 11:21 AM