Walau apa pun perancangan kita, perancangan ALlaah jauh lebih baik. Semalam dalam merancang nak ke mana lepas pejabat, dapat panggilan talifon. Bro Taher. Lama juga tak bertemu.
"Bro, what's up? Let's meet up man. You gotta meet this guest of ours. Bro Saif will be meeting us up".
"Where at, bro?", aku bertanya.
"After 'Asr, Chilli's".
"InsyaALlaah, see you there!".
Walaupun pada awalnya dah ada rancangan, ALlaah boleh saja mengubah perancangan kita.
Takku sangka, pertemuan kami petang itu begitu "global"!
Taher, Bilal dari Amerika. Saif dari Canada. Ibrahim pula dari Saudi (lahir dan d besarkan d Amerika). Aku pula dari Malaysia.
Tetamu istimewa kami petang itu juga dari Amerika!
Napoleon, bekas penyanyi kumpulan Outlawz - juga teman rapat penyanyi rap terkenal Amerika, Tupac Shakur! (Antara koleksi Napoleon sini)
Sewaktu kami berjalan ke arah Chilli's, ramai juga yang berhenti menegur kumpulan kami - ramai yang perasan Napoleon bersama kami.
Walaupun pertama kali bertemu, pertemuan kami dengan Napoleon akrab. Dengan berkupiah putih dan seluar loose, masih ada iras seorang rapper. Apalagi tatoo d lengan dan leher kelihatan. Namun cahaya d wajah kelihatan.
Dulu
Kini
Ada juga yang berkata, pertemuan kami seolah d Amerika. Ramai punya latarbelakang Amerika. Makan pula d Chilli's. Kata Bilal, "Bro Hasnol, you look like one of those Chicano bros, man!". Dia merujuk pada pakaianku - sentiasa saja buttoned up hingga ke leher.
Over lunch kami berbincang soal da'wah dan perkembangan mutakhir, d Amerika dan dunia ummat.
Walaupun agak "baru", Napoleon begitu confident dalam memberi pandangan dan hujah. Hingga suatu ketika, beliau memberi pandangan siap dengan sandaran hadeeth!
Terasa kecil pulak diri ini, Muslim sejak lahir!
Napoleon kini giat menjalankan aktiviti remaja, dari dunia Timur Tengah, Amerika dan Eropah. Sempat juga aku bertanya dah jejak kaki ke Malaysia? Belum, katanya.
Berminat sungguh. Aku offer Ogos nanti jom ke Malaysia. Dia tidak berkata tidak, cuma perlu mendapat kepastian tentang komitmen awal (ke Sweden).
Kedatangan Napoleon ke Dubai berbekalkan suatu misi. Misi membawa bintang terbesar NBA ke Dubai. Bersama Saif, mereka merancang membawa bintang ini dalam masa terdekat. Kata Napoleon, bintang ini (maaf, tak dapat sebut siapa) amat dekat dengan Islam. Pernah juga bintang ini ke masjid, mempelajari cara solat.
Kata Saif, "Man, you wouldn't miss him if he is in the line for salah! With his height, you gotta be blind not to see him!".
Ummat Perlu Role Model
Aku tak banyak bercakap. Cuma mengambil peluang menyelami ibrah dan pengalaman brothers yang lain. Jauh berpengalaman, dari segi pengalaman da'wah dan pengalaman hidup d dunia yang penuh cabaran.
Napoleon d besarkan dalam keadaan yang penuh mencabar. Hidup dalam dunia glamour. Tak kurang dengan pelbagai suasana mencabar - gang life. Namun, yang harus d perhatikan ialah cara mereka berinteraksi. Prihatin antara satu sama lain menjadi pengikat antara satu ahli dengan yang lain. Hingga menarik ramai pengikut - peminat ketika berhibur, pembantu ketika dalam kesusahan.
Perubahan yang d datangi dengan hidayah merubah lanskap.
Namun, peminat dan pengikut ada yang mengikut (saksikan syahadah 2 pemuda Amerika selepas sessi dialog Napoleon d sini)
Inilah besarnya potensi kelompok ini. Mensasar pada kelompok sasar (remaja) yang kian tercabar dan mencabar. Mencari arah dan role model.
Mujur ada tokoh seperti Napoleon (sebelum ini tokoh seperti Yusuf Islam), memahami need of the hour buat remaja.
Dalam perbualan ringkas, Napolean menyebut "I don't do more music bro. It's difficult, but the industry is too dangerous bro". Mengingatkan aku tentang dialog dengan Azmil beberapa bulan lalu. Dia juga menyebut dunia hiburan memang mencabar. Sekental mana imaan kita, pasti ada yang melemahkan. Apa lagi kita mungkin ada saham dalam menarik peminat ke dunia hiburan.
Secara lalu, aku fikir susah juga nak tinggalkan pelbagai success yang dah d tempa. Nama d ukir bersama Tupac. Snoop Dog. Busta Rymes. Lagu-lagu terunggul d carta dunia. Dunai penuh glitter!
Tapi dia faham. Dunia penuh dengan pilihan. Berubah atau berada dalam suasana yang sama. Dalam usia muda, Napoleon mengambil keputusan. Mungkin pada sesetengah orang keputusan yang bodoh. Meninggalkan pelbagai glamor dan kemewahan. Dalam usia muda Napoleon mengubah arah.
Namun dia tak pernah menyesal. Kalau dulu globe-trotting dengan pelbagai road show. Kini masih juga globe-trotting. Bezanya kini membawa mesej buat anak muda.
Mungkin juga kesungguhannya dalam mesej pada anak muda ingin menebus kisah lampau.
Saat ummat mencari hero, setidaknya Napoleon boleh mengisi ruang ini buat peminatnya d sana. Mengisi dengan ibrah, berbekal pengalaman baru. Jelmaan Qurani.
Mungkin d lain kesempatan, boleh juga dia berkongsi ibrah buat anak-anak kami dperantauan.
Moga perjalanan da'wahnya d permudahkan ALlaah!
Nota: apa mungkin Tupac menerima hidayah jika panjang umurnya - dia juga punya pengaruh keatas rapper, Massari - rapper berdarah Lebanon
Artikel Awal, Baca juga:
Muzik Video buat Saudi, Ibrah buat Du'at
Mencari Hero Ummat
Sepetang Bersama Native Deen
Mualaf, Da'wah dan Kita?
Generasi d Cabar dan Mencabar!
Comments