Buat pertama kalinya komuniti Malaysia d UAE dapat merasakan suasana berpuasa ala Malaysiana. myUAE-PRO menganjurkan Bazaar Ramadhan d kediaman resmi Konsul Besar Malaysia d UAE, Tn. Syed Mohd Hasrin.
Yang punya bakat berniaga, peluang d ambil. Sambil meniaga, bakat menyediakan sajian Malaysiana d ketengahkan. Lauk pauk, kuih muih dan pelbagai jenis minuman menarik ratusan kunjungan.
Semalam merupakan siri ke-3. Kami sekeluarga sama memeriahkan Bazaar - dengan menjual mee hoon sup utara dan CD bersiri Sheikh Anwar Al Awlaki. Tema kami: Kami nak Gemukkan Puasa Anda - setiap pembelian, akan d sumbangkan ke dalam tabung Iftar kelolaan Asian Federation of Muslim Youth (AFMY). Makan pun dapat, pahala sponsor iftar buat saudara d Filipina/Indonesia/Sri Lanka juga dapat "menggemukkan" puasa!
Kaunter zakat buat sumbangan ke pembinaan Sekolah Tahfidz d Malaysia juga d sediakan - memudahkan warga Malaysia menunaikan kewajipan setahun sekali mereka.
Video d atas merupakan siri 1, d rakamkan semalam.
Moga penghujung Ramadhan ini kita meriahkan ala Rasul S.A.W. dan sahabatnya - generasi Al Quran yang unik! Mencari malam lebih baik dari 1,000 bulan.
Gambar koleksi Halim d sini, koleksi Syam d sini
Ihya' Ramadhan!
Comments