Setiap Ramadhan Dubai akan menyaksikan kedatangan manusia-manusia istimewa. Yang d panggil sesetengah orang sebagai OKM (Orang Kaya Muda - kaya bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan iltizam dan ilmu wahyu yang menerangi hati). Mereka (rata-rata dalam umur belasan) datang membawa cahaya d dada.
Dubai, seperti kebanyakkan beberapa negara ummat d dalam bulan yang barakah menganjurkan "temasya" Ramadhan. "Temasya" memperingati keistimewaan Ramadhan - bulan d turunkan petunjuk manusia buat sepanjang zaman. Petunjuk yang d dalamnya berisi untuk d amalkan, bukan sekadar d jadikan gantungan (d leher mahupun dinding).
Bukan temasya sukan berskala Olimpik d Beijing baru-baru ini. Bahkan bukan temasya beli belah umpama Dubai Shopping Festival, setiap Januari.
"Temasya" yang berkongsi sama berlaku d Jordan, Tunisia, Kuwait dan Saudi dalam bulan barakah ini ialah Majlis Hafalan Al Quran peringkat antarabangsa. D Dubai, DIHQA (Dubai International Holy Quran Award) dah memasuk kali ke-12.
Walau menawarkan hadiah wang tunai beratus ribu Dirham (menjadikannya sebagai "Temasya" seumpama yang terkaya!), bukan itu tujuan OKM2 hadir.
OKM d DIHQA
Kali pertama aku kenal dengan OKM 4 tahun lalu. Anak-anak kecil semuda 6 tahun sudah kehadapan dalam menjejaki khazanah ILlahi. Mewakili negara masing-masing d DIHQA. Sejak itu, sedaya yang mungkin cuba ikuti kehadiran OKM yang mewakili negara ke "Temasya" yang boleh d labelkan sebagai "Temasya seumpama yang terkaya"!
Muhammad Terbilang
Tahun ini OKM Malaysia mengharumkan nama negara dan keluarganya. Muhammad Ahmad Zahid memenangi kategori suara bacaan terbaik. Pertama buat negara! Bangga. Walau belum d nobatkan juara keseluruhan, sekadar juara suara terbaik - memberi erti buat ayah ibu yang "menanam" saham.
Tak ketinggalan kejayaan manis buat Malaysia d DIHQA!
Sempat menemuduga adik Muhammad sebentar tadi. Dia d temani pegawai dari JAKIM, Ustaz Faisal. Muhammad menampakkan sikap dan syaksiyyah yang sudah jarang d lihat pada anak semuda usianya.
Berkeyakinan. Tiada kekok bila d ajukan persoalan. Malahan, keyakinan beliau d tahap yang amat tinggi (bagiku), sehingga dia sempat memberi tips dan nasihat bagaimana nak approach menghafal Al Quran.
Deen - Tanaman Modal yang tiada Rugi!
Kedua ibu dan ayahnya bukan berlatarbelakangkan pengajian agama. Ayahnya Penasihat Undang-undang Petronas, manakala ibunya seorang doktor gigi.
Namun kedua ibu dan ayahnya memahami tanaman modal yang paling untung. Sejak awal umur d terap dengan nilai fitrah. Bersama ayah menunaikan solat Isya dan Subuh d masjid. D samping memulakan hafalan d rumah dari usia semuda 7 tahun (beliau melengkapkan hafalan dalam usia 10 tahun).
Kini, dalam usia semuda 13 tahun sudah menjadi Imam jemputan d beberapa masjid d Kuala Lumpur dan beberapa rancangan TV dan majalah.
Apabila dtanya apa cta-cita masa depan?
Dengan tenang dan penuh berkeyakinan dia menjawab, "saya nak jadi 'Ulama yang professional".
Moga ALlaah mengurniakan apa yang d cita-citakan. Temuduga ringkas buat myUAE-PRO (video) menyusul. Kami iftar dan berteraweeh bersama adik Muhammad hari ini!
Baca juga:
Setengah Hari bersama OKM (2004)
DIHQA 1428H: Malaysian Cemerlang (2007 - video)
Speedy Gonzalez d Bulan Barakah
Iftar myUAE (2006)
Zakat 20 orang Tampung 20 Tahun!
Ramadhan Bersama Masyarakat Singapura
salam.
pada hari khamis lepas sementara menunggu waktu berbuka puasa di restoran lotus KL bersama suami, TV telah menyiarkan seorang hafiz lelaki muda membaca surah sementara menunggu azan maghrib berkumandang.
MasyaAllah, naik-naik bulu roma mendengar bacaan adik tu. buatkan kami terpempan! menusuk-nusuk dalam sum-sum. sungguh!
rupanya, itu lah adik Muhammad (setelah menatap gambar di atas). Tahniah buat adik...! memang suara dan bacaan adik menggetarkan perasaan. pastinya ibu ayah amat berbangga!!!
Posted by: rkm | September 22, 2008 at 05:00 AM