"Indeed in the Messenger of ALlaah you have a good example to follow for him who hopes for the meeting with ALlaah in the last day and remembers ALlaah much" Al Ahzab ayat 21
"The most famous men created arms, laws and empires only. They founded, if anything at all, no more than material powers which often crumbled away before their eyes. This man moved not only armies, legislation, empires, peoples and dynasties, but milliosn of men in one-third of the then inhabited world" Lamartine
Seerah Baginda S.A.W punya banyak mutiara pengajaran. Samada yang sudah terzahir d depan ummat, mahupun yang masih belum d gali bagi pemahaman dan petunjuk.
Dalam pelbagai peristiwa yang hebat berlaku d zaman RasuluLlaah S.A.W., suatu peristiwa yang nak d fokus sini ialah kehebatan kepimpinan dan strategi ketenteraan dan politik RasuluLlaah S.A.W.
RasuluLlaah S.A.W. bukan sekadar membawa perintah solat, puasa, haji. RasuluLlaah S.A.W. juga menunjukkan betapa fathonah (bijak) nya beliau dalam menghadapi beberapa situasi harian yang perlu kita faham dan contohi. Situasi gawat, mahupun yang lebih santai.
Tahun kelima Hijrah (bulan Syawal) menzahirkan ribuan Barisan (Coalition) Musyrik (BM) pimpinan Abu Sufyan bersedia menyerang Muslimin d Madeenah. Dengan kekuatan Quraysh (4,000 tentera , 300 berkuda dan 1,500 dengan unta) d tambah dengan gabungan komponen Barisan Musyrik (antaranya Bani Fazarah dengan 100 unta, Asyja' bin Murrah dengan 400 tentera dan Sulaim dengan 700 tentera).
Apabila d ketahui pelan Barisan Musyriq, Baginda S.A.W. bertemu dan berbincang strategi pertempuran dengan para sahabat - memperlihatkan ketinggian sikap pemimpin yang sama mendengar pandangan. Maka zahirlah strategi Khandaq atau parit yang memisahkan pintu masuk Madeenah dari dunia luar.
Dan pertempuran ini d beri nama Khandaq atau Ahzab (Coalition - apa pernah perasan dalam takbir Hari Raya ada d sebut tentang Ahzab?).
Berbekalkan 3,000 tentera Muslimeen, bersedia bertempur lebih 10,000 tentera Barisan Musyrik.
Bani Quraizah Berpaling Tadah
Keadaan bertambah gawat bilamana Yahudi Bani Quraizah yang menetap d Madeenah berpaling tadah, bersama Barisan Musyrik. Keadaan menjadi kucar kacir. Musuh bukan sahaja d perbatasan, malahan berada d dalam. Dengan kekuatan 1,500 pedang, 300 baju besi dan 500 besi penghadang, ini bukan ancaman main-main.
Berita ini tiba ke Baginda S.A.W. melalui Umar. Bani Quraizah "orang dalam". Pelbagai matlumat pasti terdedah kepada mereka. Mungkin juga boleh d jadikan "peluru", umpama cerita 6 kotak rahsia.
Dalam keadaan gawat, pemimpin perlu tenang. Strategi seterusnya berjalan. Inteligensia d kirim. Pertama untuk confirm jika berita ini benar. Apabila sah, berita ini tidak d biar merebak ke seluruh anggota tentera. Kelak mengakibatkan keluh kesah (mengingatkan kepada keluarga d dalam Madeenah).
Apalagi makanan semakin berkurangan. Tidur tiada lena.
Apabila berita ini tersebar luas, Baginda S.A.W. mengarahkan 400 tentera masuk berkawal d dalam Madeenah. Sedikit sebanyak menenangkan keadaan.
Strategi "Lompat" zaman Nabi?
Fasa kedua memperlihatkan kecekapan kepimpinan RasuluLlaah S.A.W. Baginda pernah berkata peperangan itu tipu helah. Maka inteligensia dan kekuatan musuh d perhati. Siapa yang berperang kerana aqeedah dan siapa pula berperang untuk kepentingan kantung!
Salah satu qabilah yang turut serta dalam Barisan Musyriq ialah Bani Ghatafan. Bani Ghatafan memerangi Muslimeen semata-mata tawaran materi. Bukan kerana peperangan aqeedah (yang mendasar d pihak Yahudi dan Quraysh). Baginda S.A.W. membuat tawaran bagi menarik sokongan (lompat?) Ghatafan bersama Muslimeen.
Sepertiga hasil Madeenah akan d beri pada Ghatafan jika bersetuju bersama Muslimeen. Pada awalnya Ghatafan meminta setengah hasil tuaian Madeenah d serah pada mereka. Tetapi setelah perundingan berlaku, mereka bersetuju dengan cadangan RasuluLlaah S.A.W.
"Pakatan Muslimeen" Enggan Terima
Sebelum perjanjian termeterai, RasuluLlaah S.A.W perlu mendapatkan sokongan pimpinan Aus dan Khazraj (Ansar). Cadangan Baginda S.A.W d tolak. Maka tiadalah terjadinya strategi Ghatafan.
Walaupun tiada aksi "lompat" dari Ghatafan, berita perundingan Ghatafan dengan Baginda S.A.W. melahirkan curiga d pihak Barisan Musyrik.
Dalam keadaan gawat, RasuluLlaah S.A.W. d datangi salah seorang pimpinan Quraysh yang secara rahsia sudahpun memeluk Islaam. Nuaym ibn Mas'ud melahirkan hasrat untuk berperang d pihak Muslimeen.
Namun Baginda S.A.W. mengutarakan strategi yang lebih bermanfaat. Jika Nuaym bersama tentera Muslimeen, jumlah bertambah hanya seorang (menjadikan jumlah tentera Muslimeen 3,001). Nuaym d utuskan menjadi penggerak perang saraf.
Kucar Kacir dan Hilang Percaya
Nuaym bertemu Yahudi Bani Quraizah dengan membawa berita tentera Barisan Musyrik pimpinan Abu Sufyan akan meninggalkan mereka jika misi ini gagal. Jika ini berlaku, maka Bani Quraizah akan terdedah kepada retaliation dari pihak Muslimeen d Madeenah.
Cara untuk menyekat ini berlaku, menurut Nuaym, ialah Bani Quraizah perlu meminta Quraysh menawarkan beberapa anak muda sebagai "tebusan" Bani Quraizah - insuran agar Bani Quraizah tidak d tinggalkan jika misi ini gagal.
Setelah berjaya menyakinkan Bani Quraizah, Nuaym berkunjung ke pimpinan besar Barisan Musyrik, Abu Sufyan. Perkhabaran Bani Quraizah dah berpaling semula ke kem Muslimeen. Nuaym menceritakan Bani Quraizah akan meminta beberapa "tebusan" Qurasyh sebagai tanda kerjasama, sedangkan mereka ini akan d serahkan kepada Muhammad - sebagai signal kerjasama terjalin semula.
"Berita" yang sama d khabarkan kepada pimpinan komponen Barisan Musyrik.
Barisan Musyriq Serang Madeenah
Dalam keyakinan dan kepercayaan antara setiap "parti" komponen Barisan Musyrik mula menurun, Abu Sufyan memberi signal serangan Barisan Musyrik ke atas Madeenah. Maka bermulalah pergolakan dalam komponen Barisan Musyrik.
Permintaan Bani Quraizah membenarkan apa yang d perkatakan Nuaym. Bermulalah utusan antara Bani Quraizah dan Abu Sufyan berulang alik. Tiada keputusan bersama.
D tambah dengan berita perbincangan Ghataffan dan beberapa lagi qabilah Arab dengan Muhammad, ianya tak banyak membantu. Prasangka meretakkan dan akhirnya meleburkan gagasan Barisan Musyrik.
Berpecahlah coalition Barisan Musyrik, d waktu malam dingin.
Kemenangan buat pihak Muslimeen. Hasil bantuan ALlaah dan strategi dan tindakan bijak. Dua minggu d kepung. Kepungan tentera Barisan Musyrik yang jauh lebih ramai bilangan dan canggih peralatannya.
Tiada gopoh. Bersabar menanti dalam bertindak. D samping thiqah pada pimpinan Baginda S.A.W.
Apa pula mutiara pelajaran buat kita dalam gawat d Malaysia?
Comments