Macam-macam cara orang nak meniaga (cari duit). Dalam era segalanya "e", pelbagai "e" d perkenalkan. eBook, eNiaga dah memang kita sebati (dan bermacam lagi "e" dalam dunia maya masa kini). Semalam dalam jalan-jalan memerhati produk terbaru d Gitex, terserempak dengan produk "e" terkini.
eRokok!
Ya, tampak penuh inovasi. Bisa memberi provokasi pada pasaran massa. Marketable dengan nilai keunikannya. Booth yang memperagakan eRokok d penuhi yang minat dan yang terkebil (termasuk aku!).
Manakan tak terkebil, tiada bahan api yang terbabit. Catridge (yang d perbuat dari air dan bahan kimia yang katanya tiada kesan sampingan), chip, bateri dan lampu led merah (seolah menyalanya eRokok) melengkapkan struktur eRokok!
eRokok keluaran Ruyan dari China ini dalam bentuk curut (d beri nama e-Gar), paip (ePipe) dan rokok (Ruyan V8).
Dua orang yang memasarkan produk ini termasuk seorang doktor. Keduanya petah bercakap, sambil menghembus asap eRokok yang tidak berbau.
Seperti kegilaan ramai d rantau Teluk, sheesha - curut yang d peragakan punya perisa. Strawberi, epal, perisa curut tulin dan banyak lagi perisa menarik minat pak dan mak arab!
Ramai yang turut mencuba, termasuk aku!
Katanya tiada tar, karbon monoksida, kesan asap penghisap rokok dan substance merbahaya lain.
Tapi pada aku, ia "melahirkan" bahaya lain pulak. Bahaya "ketagih" gaya hidup merokok dan berbelanja (sebatang eCurut berharga Dhs.110 untuk 1,800 kali hisapan!). Mungkin pada yang nak berhenti merokok, boleh berjinak dengan eRokok, tapi pada yang tak merokok, hmm. Kalau dah mula, rasanya macam sheesha..mesti berlarutan!
Apa pun, nak cari duit macam-macam idea boleh menerjah minda.
Antara nak seribu daya, tak nak seribu dalih!
Sheh, duit Malaysia berapa sebatang tu?
Posted by: mudin001 | October 22, 2008 at 08:42 AM
Tuan, harga dalam RM sekitar RM100 sebatang untuk yang pakai buang (good for 1,800 puffs). Yang ada rechargeable battery kosnya USD150 sebatang!
Posted by: dperantauan | October 23, 2008 at 07:55 AM
Bagus dan innovative product ni. Disposable after 1,800 puffs...mmmm berbaloi jugak for RM100. Tapi USD150 come with rechargeable battery!! Please gimme some more info on this mana tahu ada yang interested nak jadi towkey besar eRokok di Malaysia ni. I bet those cigar shop at KLCC dah market benda ni but target market di kampung - kampung tu memang besar! ...those people berduit dan bercash...dari dok gulong rokok daun yg ada side effect, might as well switch to eRokok! make sure no milamine cukup lah.
Rgds
Posted by: Al-Khalifah | October 25, 2008 at 10:31 AM
Sheh Al Khalifah, cuba layar laman web Ruyan for distributorship.
Posted by: dperantauan | October 29, 2008 at 01:23 PM
Wah bagus sekali idenya. tapi harganya cukup mahal ya? bagaimana nanti kalo masuk ke indonesia pasti akan lebih mahal lagi
Posted by: Stop Dreaming Start Action | June 28, 2009 at 08:17 AM
Sheh,
Dah minat abis nih. email kan pada saya ok.
Posted by: Sariman Sabudin | February 04, 2010 at 12:28 PM