Tahun ni rasanya 'Eidulfitri yang ke-8 dperantauan sejak berada d UAE (for the past 10 years). Mungkin pada sesetengahnya, menyambut 'Eidulfitri dperantauan tiada umphnya, kalau nak d banding d Malaysia.
Namun setelah bertahun-tahun menyambut 'Eidulfitri (dan 'Eiduladha) d UAE (sebelum ini beberapa tahun d Amerika sewaktu belajar), 'Eidulfitri dperantauan buat kami ada juga kemeriahannya.
Seperti biasa, 'Eidulfitri penuh dengan majlis rumah terbuka. Dari pegawai kerajaan Malaysia d UAE, hinggalah kawan-kawan yang berpakat meraikan "rakan seperjuangan" dperantauan.
Namun, yang menjadi kelainan ialah "rumah terbuka" yang kami hadiri semalam d dalam kawasan ibunegara UAE, Al Ain.
Konvoi 11 buah kenderaan dari Dubai hadir ke rumah terbuka Presiden Persatuan Melayu Singapura (SMG), Dr. Ahmad Jafar (AJ). AJ (kanan sekali dalam gambar) dan isterinya, Kak Fazidah memang pasangan yang ringan tulang. Beliau bukan saja selalu membantu memenuhi keperluan rakan dari Singapura, malahan rakan dari Malaysia selalu juga mendapat perhatian AJ.
Rumah terbuka AJ, kami d raikan dengan layanan first class!
Rumah Terbuka "Istimewa"
Selesai d rumah AJ, kami meneruskan destinasi ke "rumah terbuka" istimewa. Yang meraikan kami bukan golongan berkelamin (atau yang tinggal suami isteri d sini).
Mereka terdiri dari abang-abang (rasanya lebih layak kami panggil pakcik) yang mencari rezeki dperantauan. 18 abang-abang (antaranya bergelar datuk, dengan cucu yang merindui d tanahair) menyambut 'Eidulfitri pertama kali berjauhan dari sanak saudara. Mereka adalah sebahagian dari rekrut besar-besaran pertama Angkatan Tentera Udara UAE dari Malaysia (jumlah keseluruhan ialah 40 orang - yang lain pulang menyambut 'Eidulfitri d Malaysia).
Kami 8 keluarga yang tiba dengan isteri dan anak-anak dapat melihat dan merasai kegembiraan dan cerianya mereka dengan telatah anak-anak kecil yang berlari d ruang laman dan tamu mereka. Mereka d tempatkan d dua buah villa besar (umpama istana) dlengkapi 10 bilik tiap satu dan kemudahan asas yang cukup selesa. Gambar menunjukkan dari mana mereka datang (d peta Malaysia!).
Sedih "terubat"
Dari beberapa "temuduga" buat TV9 yang sempat aku buat, boleh sebak d buatnya. Menahan perasaan sedih berjauhan dari keluarga, apalagi dalam usia yang sepatutnya dah pencen d Malaysia bersama anak dan cucu yang membesar d depan mata.
Setelah berpuluh tahun menyumbang bakti d tanah air, mereka berkorban - mencari rezeki buat keluarga d tanahair dan meneruskan sumbangan tenaga dan pengalaman buat negara Ummat.
Namun kehadiran kami, sikit sebanyak dapat mengubat sedih berjauhan dari keluarga d tanahair. Bak kata Affandy sewaktu sessi ta'aruf, bila berjauhan dari keluarga, rakan-rakanlah umpama sanak saudara.
Kami juga rasa gembira bersama mereka - menimba pengalaman hidup dan kerjaya mereka yang jauh berpengalaman, biarpun kami lebih lama d tanah Arab ini. Sesekali telatah mereka mencuit kami.
Gembira bertemu, Sugul Berpisah
Walaupun ini kali pertama kami bertemu, keakraban umpama bertahun dah bersahabat. Anak-anak kami d layan umpama cucu-cucu mereka sendiri - siap d beri duit raya dan pelbagai hidangan buat kami.
Sewaktu kami nak meninggalkan mereka, jelas kelihatan riak wajah antara mereka yang agak sugul.
Hampir 3 jam bersama berlalu dengan pantas. Gelak tangis anak kecil pasti kan hilang dari ruang tamu kediaman mereka. Apalagi kehadiran kami yang ramai dari Dubai umpama "pulangnya anak-anak" beraya d kampung halaman (ada juga yang berkata, terasa kami d rumah orang tua menerima kunjungan anak-anak!).
Kami berjanji untuk kembali bersama mereka. Kalau tidak dalam minggu-minggu mendatang, 'Eiduladha dah ada yang merancang nak bersama buat Qurban d laman luas villa mereka.
Bertambah lagi satu pengalaman baru buat kami dperantauan, d 'Eidulfitri kali ini.
Lagi gambar d sini
Catatan Fudzail d sini
Comments