Serangan ganas tentera Amerika ke atas wilayah Syria semalam seolah memberi petunjuk perjalanan politik Amerika. Walau ramai yang menafikan tiada kena mengena dengan perjalanan pemilihan penghuni baru Rumah Putih, namun tak kurang juga percaya langkah sebegini memberi talian hayat kepada calun Republikan, Senator McCain (Amerika yang bakal melalui pemilihan Presiden dalam beberapa hari lagi menurut ramai pemerhati bakal mendapat Presiden kulit hitam pertama).
Rata-rata banyak culaan dan pandangan umum memberi kemenangan awal kepada Senator Obama (majalah Time hari ini memberi gambaran kemenangan besar hasil culaannya d sini).
Walau ramai yang berkata apa bezanya jika Obama mahupun McCain yang bakal terajui Amerika (bukan depa sorang yang menentukan polisi Rumah Putih, tapi ramai percaya "tangan ghaib" yang memainkan peranan), tak kurang ramai yang percaya setidaknya Obama pilihan yang lebih baik.
Menurut seorang teman berbangsa Amerika Muslim, setidaknya Obama mempunyai tenaga kerja (staff) yang sentiasa terbuka untuk berdialog - sama seperti Obama. Ini berlainan sekali dengan personaliti McCain, mahupun orang d kelilingnya - tiada pilihan, samada bersama kami atau sebaliknya!
Namun, apakah Obama bakal menerajui Rumah Putih?
Artikel menarik dari Newsweek (yang d papar BBC) dan Time minggu ini menggamit pelbagai persoalan.
Apa bakal ada kejutan penghujung bulan ini? Kenapa pula serangan ke atas Syria berlaku saat ini? Mengingatkan kembali kata-kata sahabat Amerika kami, jangan terkejut jika berlaku sebarang kejutan sebelum pemilihan Presiden berlaku!
Catatan awal:
Obama, Malaysia dan Dunia: Antara Harapan dan Realiti!
Comments