Malam Sabtu lalu sempat bersama Kak Sabariah (Kak Saba), suaminya Bang Bakar dan munsyeed (penasyeed) Cheb Ali. Mereka berkunjung ke rumah - dalam rangka lawatan ke Dubai untuk persiapan dan promosi International Islamic Fair 2008 (IIF'08) yang akan berlansung d Dubai Disember nanti.
IIF merupakan program 3 dalam 1 - memuatkan expo barangan/servis pelbagai kategori (25 kategori kesemuanya), conference (membincangan isu semasa yang melanda ummat) dan makan malam beserta pertunjukkan nasyeed - acara penutup.
Kata Kak Saba, ianya program jaringan antara ummat.
2 tahun lalu sempat Kak Saba berkongsi pengalamannya memulakan IIF, waktu kami sekeluarga berkunjung semasa cuti summer kami. Beliau yang kami kenal secara dekat kira-kira 5 tahun lalu memang seorang yang amat cekal dan berani.
Dalam kesempatan bertemu dan bersama beberapa kenalan dari Malaysia, Kak Saba antara yang amat fokus dalam apa yang nak d capainya semasa d Dubai. Jika ada masa terluang barulah dia akan bertanya mana boleh membeli buah tangan dari Dubai!
Dengan segala usaha dan belanja (sendiri - sehingga terpaksa menjual rumah untuk menampung belanja yang menjangkau lebih sejuta ringgit!) - kini IIF mengorak langkah ke arena antarabangsa!
Bulan Jun lalu juga mereka bertiga berkunjung ke Dubai - mencari rakan kongsi bagi sama menjayakan IIF'08 d Dubai. Jenuh juga mencari rakan kongsi yang sama aspirasinya. Apalagi Dubai yang wujud pelbagai restrictions bagi menjayakan program seumpama IIF ini.
Teman d minta mencari tapak IIF. Dubai World Trade Center (DWTC) dah pasti menjadi tumpuan. Setelah bertukar info dengan pegawai pemasaran DWTC dan mengambil borang beserta business plan, kunjungan secara bersemuka dengan pegawai DWTC perlu d lakukan.
Appointment d buat. Kami d kejutkan apabila d beritahu tiada tarikh yang sesuai tinggal - kesemua dewan utama d DWTC habis d tempah! Walaupun aku dan Kak Saba sendiri sudah memaklumkan tarikh IIF yang sudah d block untuk IIF'08 oleh pegawai pemasaran DWTC.
Rupa-rupanya semacam dah ada arahan. Apa-apa saja yang ada jenama "Islam" harus mendapat kelulusan pihak atasan. Kata pegawai DWTC, kalau d ubah nama IIF ke "Malaysian Fair" boleh saja d pertimbangkan (ada pulak dewan besar yang boleh d gunakan!).
Akhirnya, setelah beberapa perbincangan dan campurtangan pihak tertentu, IIF d "luluskan" untuk d buat d DWTC!
Malam tadi kami berbincang sedikit sebanyak apa yang boleh kita sama lalukan menjayakan program yang bakal membawa satu lagi brand Malaysia ke dunia antarabangsa. Kehadiran komuniti Malaysia boleh saja d manfaatkan - menjadi jambatan penghubung kepada 100 syarikat Malaysia yang bakal tiba untuk IIF'08.
Moga IIF'08 kali ini akan berlansung dengan jayanya, membuka peluang jaringan ummat dalam pelbagai ruang dan bidang!
Comments