Kemenangan besar Obama memang sudah d jangka. Dengan pelbagai strategi dan pelan tindakan yang utuh, tiada siapa yang boleh persoalkan kemenangan besar presiden kulit hitam pertama Amerika yang bakal menduduki Rumah Putih Januari depan (gambar dari Time.com)
Setiap langkah, kata-kata dan pikiran senator yang dulu d label sebagai masih mentah menggamit sokongan dan imiginasi ramai - sehingga mengalir sokongan dari mereka yang tidak layak mengundi (baca: warga dunia yang dahagakan Amerika yang baru).
Setiap lapisan masyarakat "d sentuh".
Yang tua menaruh harapan baru buat Amerika yang sedang lemas dalam krisis ekonomi dan entah apa lagi d depan. Yang muda percaya aspirasi kepimpinan yang mendengari dhamir dan suara rakyat.
Kini bukan masanya memperkatakan betapa jayanya strategi Obama dalam mengemudi kempen hingga ke Rumah Putih. Ya, Obama dan orang-orangnya memang hebat.
Engagement, media, kepetahan dan percaya diri memberi nafas baru buat yang punya aspirasi melonjak diri.
Tapi analisa sebegini biarlah ada limitnya.
Kini masa bekerja. Ummat dan dunia harus melihat apakah harapan dan imiginasi Presiden kulit hitam pertama Amerika boleh mengemudi dunia ke arah yang lebih baik. Dunia yang lebih aman. Ekonomi mapan yang menguntungkan bukan saja puak pemodal. Dan yang lebih utama, polisi "polis dunia" harus segera d tamatkan.
Semua negara d dunia, negara berdaulat. Punya maruah dan bisa mengemudi diri dengan acuan tersendiri. Bukan acuan "siapa yang lebih kuat".
D sebalik segala pengajaran dan harapan, dunia harus d tangani dengan realiti. Ianya tidak secantik persembahan realiti TV.
Umum harus sedar, Amerika bukan bergerak atas desakan dan kehendak seorang individu. Ianya suatu institusi kepimpinan yang punya sejarah tersendiri. Ianya tamaddun yang berusia beratus tahun.
Apalagi bakal Presiden baru ini bakal mewarisi hutang yang mencecah USD1 trillion dan pelbagai masalah yang d cipta rejim lalu. Memungkinkan tekanan dan desakan, bisa merubah aspirasi dan prioriti awal.
Namun, dengan penuh harapan, ummat menyambut kemenangan Obama - yang mahu meletakkan imej baru Amerika.
Ummat harus terus memerhati, agar yang baru ini terarah dengan janji dan aspirasi sewaktu kempen yang lalu.
Jangan seperti pimpinan Hadhari. Imej "bersih" menggamit pelbagai harapan. Harapan bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak kesudahan. Dari harapan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang - menjadi cercaan dan cacian, hatta dari mereka yang dulu menyokong!
Artikel terdahulu:
Kempen Obama: Pengajaran untuk BA (Harakahdaily)
Kempen Obama: Ibrah buat BA (II)
Obama, Malaysia dan Dunia: Antara Harapan dan Realiti
Comments