Sudah beberapa artikel mengenai peri pentingnya media dalam kehidupan seharian kita. Sedar atau tidak, dalam setiap media yang kita interaksi, pasti ada elemen "hiburan". Yang pasti, semuanya ada adunan muzik yang sudah menjadi sebati (pembuka berita pun sewajibnya ada alunan muzik).
D sinilah perlunya mengambil peluang dalam membawa mesej.
Minggu lepas, kami santai d rumah sambil menonton filem Ayat-ayat Cinta. Banyak juga review yang d baca berkenaan filem ini. Sudah lama kami tak menonton filem, apalagi filem melayu. Ayat Cinta sempat kami beli d Malaysia Ogos lalu - cuma berkesempatan menonton cuti minggu lalu (itu pun secara terputus-putus).
Secara peribadi, filem ini bagus. Ada kelainan. Mesej da'wahnya terkesan. Tak ketinggalan, membawa mesej cinta itu ada d mana-mana, cuma bagaimana nak d lorongkan mengikut batas-batas Syariat (perhatikan watak utama Fahri yang tidak berpegangan sebelum berkahwin - suatu elemen mendidik anak muda masa kini dalam membentuk relationship). Juga memberi fokus kepada wanita yang berpurdah - mereka juga seperti wanita lain, cuma mereka mengamalkan kepercayaan mereka.
Dan yang lebih penting - mesej da'wah harus d perluas. Dalam apa jua bidang!
Sempat juga membuat pesanan sebuah lagi filem da'wah. Sang Murobbi. Trailernya menarik minat. Mungkin review pendek akan menyusul selepas nonton Sang Murobbi.
Comments