Hari kedua kami bersiap sedia nak ke Beirut. Juga dalam rangka menyerahkan bantuan buat penempatan Palestina d sana. Sebelum bertolak, sempat juga kami melihat secara kasar bandar Damsyik. Kami juga sempat melalui Kedutaan Malaysia. D kawal oleh askar siap bersenjata.
Kami bertolak ke Beirut dengan wakil Haiah d Beirut, Abu Mustafa.
Perjalanan darat yang sarat dengan pelbagai bekalan buat rakyat Palestin d Beirut memakan masa 3 jam. Penuh Jeep Cherokee yang kami naiki. D belakang hanya muat kami berdua, selebihnya sendat dengan pelbagai barang makanan dan ubatan.
Pemandangan dari Damsyik ke Beirut mengasyikkan. Berbukit. Khabarnya istana Presiden Syria, Bashar Assad terletak d salah satu bukit sepanjang perjalanan kami. Tiba d sempadan, kami berdepan dengan karenah pegawai imigresen. Paspot Dr. Syed dan aku tiada masalah. Bila tiba masa Sayuti, katanya ada masalah. Abu Mustafa menarik aku ke tepi. "Nak mintak pengeras la tu", kata Abu Mustafa. Tapi mungkin kami berempat mengerumuni pegawai imigresen, tiada 'pengeras' yang d minta.
D sempadan Lubnan agak straight forward. Kelihatan ramai askar. Pemandangan yang agak berbeza berbanding d sempadan Malaysia-Singapura. Hanya pegawai imigresen kalau d tanah air. Tak kelihatan askar.
Tiba d Beirut kami menjadi tetamu kepada seorang pegawai pejabat 'Ulama Beirut. Kami d sediakan tempat menginap d kawasan orang Islam. Ada juga yang kata kawasan Hizbollah. Agak berlainan dari apa yang aku dengar tentang Beirut sebelum ini - Paris of the Middle East, jolokan Beirut.
"Kelab malam, tempat hiburan banyak d kawasan Kristian", kata Haj pengiring kami.
Bukan Tempat Melancung?
Awal pagi kami bersarapan dengan makanan Arab. Bukan tak biasa dengan foul, zaatar dan keju, tapi rasanya portion agak kecil berbanding biasa (mungkin aku dah jadi "Arab"?).
Selepas sarapan, kami melihat kawasan orang Islam dengan lebih dalam. Banyak juga pembangunan yang berjalan rancak. Kata Haj, bangunan yang sedang naik ini adalah bangunan baru yang menggantikan bangunan yang ranap d bom rejim Zionis 2006 dulu.
Masih ada juga tapak yang d biarkan tanpa d bangunkan. Antaranya stesen TV Al Manar yang rosak teruk d bom. Sedang beria nak merakam sekitar perjalanan kami, Haj menegur.
"Sini bukan tempat melancung", katanya. "Bila saya katakan boleh, kamu boleh mengambil gambar atau video. Sekarang tidak boleh", sambungnya.
Rupanya banyak kawasan yang d klasifikasikan sebagai kawasan sensitif. Terutama kawasan yang d serang rejim Zionis 2006 dulu.
"Tak kelihatan askar Hezbollah?", aku bertanya pada Haj. Sepanjang perjalanan dari Damsyik ada kelihatan askar Lebanon berkawal. Ada yang siap dengan senjata mesingan.
"D sini, InsyaALlaah anda selamat. Hezbollah mengawal kawasan mereka. Anda tak tahu d mana askar atau petugas mereka berada. Mungkin d sana, sana atau sana", sambut Haj sambil menuding jari.
Sebelum ini ada mendengar cerita betapa Hezbollah yang terkenal dengan kerja-kerja amal mereka terkenal dengan pasukan penyelamat mereka yang boleh muncul entah dari penjuru mana.
Jalan raya agak sibuk. Dengan pelbagai kenderaan, bas, kereta mahupun motosikal yang penunggangnya tak d wajibkan memakai topi keledar.
Sesekali kelihatan bangunan yang penuh lubang. "Peninggalan" rejim Zionis. Tembakan mereka yang menjadi bukti bahawa kawasan padat penduduk turut menjadi target membuta mereka.
Comments