Semalam lengkap sudah perjalanan isteriku, Noraini Ismail (Ani) dalam proses hafalan Al Qur'an secara bersanad. Mungkin hafidz(ah) pertama Malaysian d UAE dan Malaysian pertama mendapat ijazah bersanad ini d UAE.
Setelah d uji (2 juzu' terakhirnya) d depan audience (atas pentas), dia d sambut penuh gembira oleh teman dan gurunya (ujian d atas pentas tak d sangka - memandangkan beliau merupakan seorang saja yang bukan Arab melengkapkan ijazah* bersanad aliran Hafhs ini membuatkan markaz ini membuat sedikit majlis istimewa).
Sanad yang d lalui bersambung dengan Sheikh Dr. Ayman Rushdi Swayd - ulama' yang berasal dari Syria, tersohor dalam bidang pengajian Al Qur'an kini.
Ani d minta bergambar untuk d sampaikan kepada penaung markaz Al Qur'an ini - isteri kepada Menteri Kewangan UAE (juga Naib Pemerintah Dubai), Sheikh Hamdan Bin Rashid Al Maktoum.
Pelbagai hadiah dari markaz dan teman juga memeriahkan majlis - meraikan seorang lagi hafidz(ah) yang InsyaALlaah akan cuba mengekalkan Kitab ALlaah d dada dalam keadaan terpelihara.
Moga menjadi pendorong pada ramai lagi - terutama kaum ibu (dan ayah) d UAE ini untuk mengambil peluang yang terbuka luas d sini untuk mengkaji, mendalami dan menghafal Al Qur'an dengan segala mukjizat yang ada padanya.
Walau dengan pelbagai "cubaan" (tanpa bantuan pembantu rumah), 2 tahun 5 bulan hafalan d capai. Beberapa bulan lagi d tambah bagi melalui proses ijazah*. Ani sempat memperdengarkan bacaan kepada Sheikh Dr. Ayman beberapa bulan lalu (Sheikh Dr. Ayman d khabarkan menitis air mata bila mengetahui Ani bukan seorang Arab, apalagi tidak mempunyai latar belakang pendidikan Arab/Agama - Ani berkelulusan diploma Perakaunan dan Sarjana Pengurusan Industri dari US).
Mudah2an ada lagi dalam keluargaku yang menuruti langkah isteriku, InsyaALlaah!
Kami sekeluarga bersyukur dan berbangga atas pencapaian mu!. Terus menjadi Nur d dalam rumah, buat kami sekeluarga!
ALhamduliLlaah!
Nota
Ijazah*: is
given to a student of the Quran who memorized the complete Quran and
recites the complete Quran with mastered tajweed by memory to a teacher
(sheikh or sheikhah) who has an authentic chain of transmission to the
Prophet and the teacher then accredits their recitation as completely
correct in all aspects and authorizes the student to transmit the Quran
to others
Sanad hafalan Umm Muaz bertali hingga ke RasuluLlaah s.a.w melalui sanad (antaranya) Ubay Bin Kaab (sahabat Baginda s.a.w., Imaam 'Aasim dan Imam Ash Shatabiyy (seorang buta mata, tetapi celik hatinya)
D petik dari buku Tajweed Rules of the Qur'an oleh Ustazah Kareema Carol Czerepinski
Mabrook.
Kawe tumpang berbangga!
Posted by: Rusdi | March 26, 2009 at 11:20 AM
Alhamdullillah dan Mabrook buat isteri tuan dan keluarga. Saya pun terasa bangga sebagai Malaysian.
Ikmal~RAK
Posted by: Ikmal | March 26, 2009 at 11:40 AM
Syukran Rusdi & Ikmal!
Posted by: dperantauan | March 26, 2009 at 12:29 PM
"He who learns the Qur’an and practices upon it, his parents will be made to wear a crown on the day of Qiyamah, the brilliance of which will excel that of the sun if the same were within your worldly houses. Hence, what do you think about the person who himself acts upon it?" (Abu Dawood). "Whoever reads the Qur’an and memorises it, while he regards what it makes lawful as lawful and its unlawful as forbidden (i.e. he practises according to it), Allah Ta’ala will admit him into Jannah and will accept his intercession on behalf of ten such persons of his family who were doomed to the fire of Jahannam" (Tirmidhi).
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH..Bro Hasnol + Kak Ani + Keluarga ~ Ja, IR
Posted by: Ja | March 26, 2009 at 12:56 PM
Tahniah! Jeles pun ade...
Posted by: Gurindam Jiwa | March 28, 2009 at 07:49 PM
Tuan Ja & Tuan Mazlan,
terima kasih atas komen. mudah2an ALlaah permudahkan kita dalam mencari redhoNya
Posted by: dperantauan | March 29, 2009 at 07:54 AM
Salaam,
Mabrook untuk Hasnol sekeluarga...semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada generasi muda dan warga MyUae yg lain...
Posted by: Haza | March 29, 2009 at 02:03 PM
Tahniah...moga menjadi pendorong kpd kami juga.
Posted by: Abu Anas | April 01, 2009 at 01:31 AM