Tahniah d ucapkan kepada pimpinan yang terpilih dalam pemilihan sessi kali ini.
Namun beberapa pandangan ringkas d rakamkan untuk d renungkan bersama:
3. Media UMNO berkempen kepimpinan Ulama': UMNO dan media kawalannya terus menerus memberi ruang yang luas atas kemenangan sesetengah pimpinan PAS (sebelum ini turut membantu berkempen dan menyerang calun lain bagi jawatan Timbalan Presiden): kenapa dan mengapa - cuba fikir d luar kerangka biasa (teringat kata-kata Al Marhum Ustaz Fadzil Nor, jika musuh berbaik dengan kita, kita harus beringat - lebih kurang)
4.
Ke arah kerajaan PAS-UMNO masih hidup? Kerajaan perpaduan timbul semula (isu ini timbul dalam muktamar Dewan Ulama',
press conference TG Presiden dan
kesanggupan PAS Selangor bersama tahalluf siyasi dengan UMNO): Apakah PAS masih d persimpangan, antara perjuangan Islam yang inklusif atau perjuangan Melayu-Islam yang eksklusif (beberapa kali ungkapan "bahasa melayu" juga d gunakan bukan "bahasa Malaysia" d kala sessi anugerah bahasa d lansungkan)
5. Polimik yang membuang masa: Polemik ulama-profesional terus bermain d antara ahli, membuang masa dan resources yang sepatutnya d guna/gembleng untuk menghadapi musuh sebenar dan bersiap sebagai kerajaan menanti
6. Peluru buat musuh, hadiah dari pimpinan: Pimpinan (segelintir) terus menerus menghadiahkan "peluru" pada media. Ucapan pimpinan punya nilai, bukan seperti ahli bawahan. Bila membuka mulut (apalagi berbentuk tuduhan), ianya umpama memberi peluru kepada musuh. "Tuduhan" pula tinggal hanya tuduhan, tanpa bukti. Yang sikit melucukan ada d kalangan yang membuat tuduhan juga pernah terpalit dengan kalimat yang sama d ucapkan
7.
Bangunkan agenda tarbiyah yang lesu: Pimpinan harus lebih berlapang dada dan terbuka kepada pandangan berbeza. Memberi pandangan berbeza bukan bermakna menentang secara
total (apalagi pandangan yang d lontar/teguran ahli dalam kes pimpinan memberi gambaran yang tidak benar kepada ahli). Ini harus d fahami dan sikap berlapang dada harus d jadikan contoh kepimpinan PAS. Mungkin perlu kepada Tajdid Tarbiyyah (dan sebelum itu agenda Tarbiyyah harus d kejutkan dari lena!)8. Kritikan bukan tidak wala': Suburkan budaya berhujah dengan ilmu, bukan menekankan sesuatu berdasarkan "kuasa" institusi atau pimpinan. Ungkapan wala' semata yang d desakkan pada ahli mencerminkan terdesaknya dalam "mengawal" ahli. Sekali lagi, berbeza pandangan bukan bermakna tidak wala'. Dan yang lebih penting, pimpinan bukan maksum
D petik ungkapan Dr. Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat:
Tegasnya PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu ‘fiqhiy’ (legalistik) kepada paradigma pemikiran ‘Usuliy dan Maqasidiy’ (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih daqiq (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa. Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua’malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.
Inilah antara pengisian agenda “Penampilan Agenda Politik Islam PAS” dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.
PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu ‘eksklusif’ dan ‘centrik’ yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.
Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.
Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melaksanakam cita-cita perjuangan!
Comments