Tinggal lebih kurang 17 minit lagi pesawat akan berlepas. Dah lama menanti. Pulang bercuti ke tanah air. Berperantauan. Macam-macam dah d rancang setiba d KL.
Tapi keadaan dalam pesawat semacam ada yang tak kena. Pramugari mundar mandir. Sambil membawa kain tuala muka. Ada juga membawa first aid kit. Kenapa pula ni.
Beberapa penumpang mula berdiri dan cuba mencuri-curi pandang.
Seat yang aku duduki agak kebelakang.
Tapi, dapat juga mencuri pandang d celah "crowd" yang seakan berkumpul.
Seorang lelaki separuh umur kelihatan muntah - luahan muntah "membanjiri" aisle. 3 medic dari pasukan ambulan airport bergegas naik.
"Delay pulak flight ni", aku fikir dalam hati. "Jangan ada kena mengena dengan wabak H1N1 sudah....parah. Harus semua d kuarintin", fikiran melayang. Terbayang cuti tahunan dalam kuarantin!
"Paling kurang 2 minggu kena kuarintin", mesej Rusdi melalui gtalk. Cemas d buatnya.
Selang beberapa minit pemuda yang mengalami pening kepala dan muntah tadi d nasihatkan oleh pasukan ambulan untuk turun dari pesawat. Pada mulanya seakan mahu meneruskan perjalanan. Agaknya setelah d pujuk crew pesawat dan pasukan ambulan, dia bangun meninggalkan pesawat.
Selesai episod cemas. 20 - 25 minit kemudian, kami terbang meninggalkan Dubai.
Destinasi: KLIA! Hampir 10 malam selamat mendarat!
Comments