DPC berakhir dengan pelbagai kenangan.
Mungkin pada sesetengah ini adalah pengalaman pertama untuk bersama puluhan ribu dalam suatu dewan untuk bersama mengenal secara dekat mesej Islam. Pada sesetengah pula, ianya membangkit nostalgia ketika menghadiri program seumpama yang biasa d kendalikan d Amerika Utara dan UK.
Apapun, pada kami sekeluarga kami mengalami keduanya serentak.
Kenangan pertama yang amat manis buat anak-anak kami, manakala buat ayah dan ibunya pula ianya membangkit kenangan silam ketika menghadiri convention ISNA yang juga pada lazimnya mengumpulkan puluhan ribu peserta.
Pengalaman bertemu secara lansung tokoh-tokoh agamawan, cendikiawan dan penda'wah masa kini bukan mudah nak d realisasikan kalau tak seumpama program begini.
Dubai dahagakan program seumpama DPC
Muaz dan Farhah amat terkesan dengan sessi yang berlansung, terutama sessi "the Funny Sheikh" - Yusuf Estes dan sessi Ustaz Hussein Yee (sewaktu sessi bersama rakyat Malaysia dan sessi d bilik VIP pada malam terakhir). Tak ketinggalan sessi persembahan nasyeed oleh Zain Bikha.
Hadirin yang berjumlah puluhan ribu memberi signal kota kosmo Dubai amat dahagakan program seumpama. Ianya jauh menarik minat ramai - dari pelbagai ras, latarbelakang dan agama termasuk golongan muda mudi. Malah, ada yang mengatakan DPC mengalahkan konsert Sure Heboh!
Islam - mesej global dan mudah
DPC juga memberi signal bahawa mesej Islam yang global ini tidak memerlukan penyampaian kompleks yang sarat dengan kalimat yang agak berat.
Cukup sekadar cara bersahaja seperti yang d tunjukkan oleh Yusuf Estes. Namun ianya juga sarat dengan pendedahan dan pencerahan. D selitkan dengan contoh mudah lagi releven.
Pengalaman peribadi dan personal touch menarik minat ramai kepada mengenal lantas memahami apa itu Islam (Yusuf dalam satu sessi, turun dari pentas untuk memeluk seorang saudara baru - memberi ketenangan dalam keadaan beliau tercari-cari sendirian)
Ummat penuh dengan hero
Melihat kepada feedback remaja seusia Muaz, aku merasa amat bersyukur.
Tokoh besar seperti Yusuf Estes dan Yasser Qadhi tidak kekok untuk berinteraksi secara impromptu dan santai dengan golongan remaja (baca: generasi ipod). Malahan amat welcoming.
Muaz (gambar sebelah dari kamera Hilman) dan Hilman melahirkan rasa puas dapat bertemu dan bertanya soalan secara lansung kepada Yusuf d belakang pentas.
Malah, Muaz sempat merakamkan adengan lucu Yusuf - mencuit ramai anak muda yang sama berkumpul d belakang pentas!
Secara tidak lansung interaksi sebegini membuat generasi muda selesa untuk berinteraksi dengan "golongan agamawan" yang kadangkala menerusi persepsi atau pengalaman peribadi d label sebagai golongan yang kaku dan kurang memahami realiti anak muda masa kini.
DPC sedikit sebanyak meletakkan golongan "agamawan" seperti Yusuf Estes sebagai hero anak muda - yang mampu memberi jawapan secara realistik akan cabaran masa kini. Mereka terasa d fahami dan d hargai.
Tahniah buat team Peace TV
Apapun tahniah buat team Peace TV. Usaha membawa Peace Convention ke Dubai membawa seribu macam pengalaman buat peserta dan apalagi buat mereka yang menemui hidayah d tangan tokoh seperti Dr. Zakir Naik dan Yusuf Estes.
Moga ALlah SWT memberi balasan terbaik buat mereka yang terlibat dalam menjayakan DPC kali ini!
nota: DPC berakhir kira-kira jam 3 pagi semalam. Sessi terakhir ialah sessi Dr. Zakir Naik yang berlansung kira-kira 5 jam! D beritakan seramai 25 orang kembali ke cara hidup fitrah, Al Islam sewaktu sessi Dr. Zakir! Yang menarik ialah cerita seorang remaja berusia 12 tahun mengIslamkan seorang petugas DPC yang berasal dari Cameroon!
Boleh juga jenguk artikel terdahulu:
Mualaf, Da'wah dan Kita!
Mencari Hero Ummat
Bersama Komuniti I
Emirates Explorers d Ramadhan!
Aktiviti Hari Munggu (EE)
Generasi d Cabar dan Mencabar
Memahami Generasi iPod
iPod Phenomenon
Antara Menyeru dan Memaksa
2 Pertemuan d Hujung Minggu
Comments