Dubai, UAE Program Bulanan MY-UAE kali ini membawa kita ke suatu sessi yang agak istimewa. Sessi yang d beri tajuk "Pengenalan kepada Relief dan Bantuan Kemanusiaan" akan d sampaikan oleh Presiden Yayasan Amal Malaysian (AMAL), Hj. Husin Ismail.
Rombongan AMAL yang akan berada d Dubai selama 2 hari tiba dari Istanbul - menghadiri perjumpaan belia sedunia d Istanbul. Hj. Ismail akan berkongsi pengalaman menjalankan kerja-kerja menyelamat dan bantuan kemanusiaan serta beberapa petunjuk untuk kita sama manfaatkan.
Ketika d hubungi sebentar tadi dari Istanbul, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada MY-UAE d atas inisiatif bersama komuniti Malaysia d UAE.
"Hubungan akrab antara komuniti Malaysia d UAE dan AMAL memungkinkan kita untuk sama-sama berbakti kepada warga dunia. Beberapa inisiatif bantuan kemanusiaan yang d buat MY-UAE sebelum ini berjaya d salurkan kepada AMAL", antara yang sempat d ucapkan oleh beliau.
Antara inisiatif bantuan kemanusiaan yang pernah d jalankan bersama antara MY-UAE dan AMAL ialah bantuan ke mangsa gempa Pakistan, mangsa Tsunami Sri Lanka dan Indonesia serta beberapa bantuan berkala seperti sumbangan Qurban dan Aqiqah.
Program malam esok (Ahad, Mei 30) akan berlansung d ruang legar MATRADE (Dubai), bermula jam 7:30 malam.
Recent Comments