Berita yang d jaja UMNO tentang bakal kemasukan Dr. MAZA dan ramai lagi ulama ke UMNO merupakan tajuk paling panas minggu ini. Tak kurang panas dengan cuaca Dubai waktu ini.
Analisa media dan beberapa kenalan Dr. MAZA menambahkan perisa dalam berita yang tak pasti sahihnya.
Dari jauh, sempat juga bertanya berita ini lansung kepada Dr. MAZA. Beliau menjawap ringkas, berita itu tak benar.
Dalam keadaan baru setahun dua mengenali ulama muda ini, kita bersangka baik. Ketika beliau d Dubai, sempat beliau berkongsi pandangan peribadinya betapa rosaknya UMNO dan pimpinannya - tak mungkin dapat d baik pulih.
Namun, "berita" ini seolah-olah sudah mencapai beberapa objektif perang saraf UMNO.
Dalam keadaan UMNO lemas dengan isu moral, gawat dengan salah kuasa dan pelbagai isu lagi, suntikan "berita" ini berjaya menarik perhatian ramai (terutamanya umat Islam Malaysia) dari gawatnya UMNO.
Secara ringkas, UMNO umpama menyediakan strategi 2 dalam 1:
Pertama: Jika benar kemasukan Dr. MAZA ke dalam UMNO, ia d lihat seolah berjaya melemahkan kemaraan PAS. Persepsi terbentuk ialah ulama muda kontemporari bersama UMNO, orang Islam/melayu teruja, dan UMNO mampu membina semula imej yang teruk tercalar. Apalagi APCO sudah sedia untuk meneruskan agenda buat UMNO!
Kedua: Jika benar kemasukan Dr. MAZA ke dalam UMNO, ia boleh mencorakkan "kuasa" dan populariti Dr. MAZA ketika Dr. MAZA d luar UMNO. Strategi ini d guna pakai oleh pembentuk kuasa/pemegang kuasa d balik tabir d Amerika ketika melihat gelombang besar yang d bawa oleh Barrack Obama. Obama membawa suara rakyat. Obama d lihat punya karisma dan jika tak d bendung, ianya mungkin membawa natijah yang tidak baik buat penguasa d belakang tabir Amerika. Apa yang perlu d buat ialah kuasa dan sokongan luar biasa Obama harus d terima dengan membawa Obama ke dalam kem mereka. Obama harus d corakkan dengan acuan sedia ada. Dia d raikan. Dia d beri tempat. Dia d beri liputan media seluasnya. Dan dia d beri kemenangan. Selepas kemenangan, Obama sudah terlambat untuk ke belakang. Dia sudah bersama kita. Bersama agenda kita!
Ramai berharapan tinggi Dr. MAZA tidak bersama parti sekular UMNO.
Jika itu pilihan Dr. MAZA, seperti apa yang d ungkapkan oleh seorang ahli Parlimen PAS melalui SMS baru-baru ini - imej PAS dan Pakatan Rakyat mungkin sikit tercalar, tetapi imej Dr. MAZA sebagai ulama muda yang membawa agenda reformis akan lebih tercalar dengan assosiasinya dengan parti yang terang-terang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Harapan tinggi agar Dr. MAZA tidak menjayakan strategi UMNO dalam usaha mereka mencari talian hayat.
UMNO tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan nasib ummat!
Serangan keatas orang awam di Pakistan oleh UAV (Drone)yang dilancarkan oleh Amerika sejak kali pertama pada bulan May 2004 sehingga sekarang telah mengorbankan seramai 1,226 orang awam. Kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak. Pada tahun pertama Obama sebagai presiden Amerika, 700 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terkorban akibat diserang oleh UAV atas arahan pentadbiran Washington. Setiap seorang sasaran individu penting Al Qaeda atau Taliban yang mati, 147 nyawa yang tidak berdosa turut terkorban. Obama telah memperdaya dan memperbodohkan ratusan juta rakyat Amerika bahawa dia kononnya akan membawa perubahan. Bahawa dia kononnya membawa gelombang suara rakyat. Sehingga hari ini, jumlah hutang yang ditanggung oleh rakyat Amerika adalah USD 8.6 Trillion . Melalui kawalan kredit, seluruh rakyat Amerika dan kuncu-kuncunya diseluruh dunia di'peranjing'kan dengan begitu rendah sekali bagi mencapai matlamat iaitu penjajahan seluruh dunia dan penghambaan umat manusia. Mari lah kita bersama-sama semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita berjuang melawan segala keinginan dan hawa-nafsu. Kita kuasai ilmu,berjiwa teguh dan seterusnya kembali menjadi umat yang terunggul. Kita tamatkan segala penindasan dan kezaliman yang telah bermaharajalela selama beratus tahun. Dan akhirnya mendapat keredhaan yang Maha ESA.
Posted by: Khairul Nizar | July 09, 2010 at 06:38 AM